Tuesday 4 November 2014

Soalan Popular Ketika Hamil

Alhamdulillah, semalam ummi sempat share sedikit tentang persoalan utk ibu menyusu. ok, arini ummi nak share pulak soalan2 berkenaan hamil. Harap dapat membantu mommy2 terutamanya utk anak pertama.

Apa perasaan anda tatkala disahkan hamil?

Sebaik disahkan hamil, kebiasaannya anda akan diselubungi 1001 persoalan tentang suka duka kehamilan. Bersama Dr.Mohamad Rafi dari Hospital UMRA, Shah Alam untuk mendapatkan jawapannya.  

Mama:
Benarkah vitamin ibu mengandung seperti Obimin boleh menyebabkan kandungan besar sekali gus menyukarkan kelahiran?
Dr. Rafi:
Tidak sesekali. Vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambahkan tahap darah merah ibu bukannya untuk membesarkan bayi. Sekiranya ibu kurang darah dan kelihatan pucat, pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh berlaku dan ia membahayakan. Bayi yang besar banyak bergantung kepada baka atau adakalanya ibu menghidap diabetes.

Mama:
Apa penyelesaian terbaik jika waktu hamil tahap HB tetap rendah?
Dr. Rafi:
Biasanya kalau ibu nampak terlalu pucat sebelum bersalin, doktor akan memasukkan darah. Ini terpaksa dilakukan jika tahap HB tetap rendah walaupun sudah ambil supplemen dan makanan yang boleh menambahkan darah.

Mama:
Bolehkah bersalin normal jika sebelum itu pernah melahirkan secara caesarean?
Dr. Rafi:
Boleh sekiranya ibu hanya pernah sekali melalui kelahiran caesarean. Jika sudah dua kali caesarean, memang tidak dibenarkan langsung. Kebanyakan kelahiran normal berjaya selepas caesarean berjaya bergantung kepada sebab ibu perlu melalui kelahiran caesarean sebelum ini. Mungkin tulang punggung sempit, peluang untuk bayi keluar susah. Jika uri bawah atau masalah songsang boleh berjaya tetapi ada risiko tertentu. Kalau mahu cuba bersalin normal, perlu diketahui dalam 200 wanita, seorang daripada berisiko mengalami pecah rahim.

Mama:
Apakah teknik meneran yang betul?
Dr. Rafi:
Cara setiap wanita meneran adalah berbeza. Apa yang paling, ibu perlu meneran seperti hendak membuang air besar. Ramai yang meneran sehingga muka merah. Apatah lagi kalau menjerit. Ibu tidak boleh meneran. Itu salah! Setiap kali meneran, kepala perlu menunduk sedikit. Tarik nafas dan tahan nafas seperti hendak membuang air besar.

Mama:
Benarkah banyak berjalan sebelum melahirkan akan memudahkan proses bersalin?
Dr. Rafi:
Ya dan tidak. Banyak berjalan sebenarnya dapat merangsang otot menjadi lebih kuat. Jika hanya berbaring tanpa melakukan aktiviti fizikal, ia menyukarkan proses kelahiran kerana otot lemah. Selain berjalan, aktiviti fizikal yang biasa dilakukan setiap hari sudah memadai. Yang penting, jangan melakukan aktiviti yang boleh mencederakan diri sendiri.

Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui kontraksi yang sebenar?
Dr. Rafi:
Kontraksi biasanya sakit dan akan bertambah kekerapannya. Manakala kontraksi palsu tidak sakit dan kekerapannya sama atau stabil. Doktor dapat mengesan kontraksi dengan menggunakan mesin CTG atau melalui ujian faraj. Jika ibu sakit dan tidak senang hati, lebih selamat jumpa doktor daripada buat keputusan sendiri.

Mama:
Bolehkah demam panas yang dialami ibu memberi kesan kepada bayi yang dikandung?
Dr. Rafi:
Jika demam terlalu panas, adakalanya boleh menjejaskan bayi tetapi biasanya tidak memberi masalah besar.

Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui ubat yang diambil ketika mengalami demam, batuk, selesema atau sakit ringan yang lain selamat dan tidak menjejaskan bayi?
Dr. Rafi:
Kebanyakan ubat selamat (99 %). Jika ibu demam dan tidak mahu makan ubat, ia lebih memudaratkan  daripada makan ubat untuk meredakan demam. Demikian juga halnya dengan ubat batuk dan selesema. Malah, kebanyakan antibiotik selamat. Hanya ada sebilangan kecil sahaja tidak boleh dimakan oleh ibu hamil. 

Mama:
Sewaktu hamil, terasa sakit di bahagian tertentu tetapi apabila berjumpa doktor pakar, beliau mengatakan tiada apa-apa. Apa cara untuk mengetahui kesakitan yang dialami serius atau sebaliknya?
Dr. Rafi:
Kebanyakan doktor hanya risau dengan sakit yang diadu ibu akibat kontraksi pra matang dan kencing kotor. Kedua-duanya adalah sakit yang paling kerap ditemui. Selebihnya ialah sakit yang disebabkan oleh batu karang, apendiks dan hal-hal yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ada juga yang mengadu sakit belakang. Ini disebabkan oleh tulang belakang menjadi bengkok kerana pembesaran rahim. Ligamen yang menegang juga boleh menyebabkan sakit. Biasanya sakit sebegini tidak merbahaya tetapi ada baiknya jika dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.  

Mama:
Bolehkah mengambil supplemen herba dan hemopati selain daripada ubat yang dibekalkan doktor?
Dr. Rafi:
Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan kenyataan bahawa sesetengah ubat herba dan hemopati boleh membahayakan ibu. Ini kerana ada bukti yang menunjukkan ada kesan buruk selepas pengambilan ubat herba dan hemopati tertentu.

Mama:
Kebanyakan makanan perlu diambil secara sederhana. Bagaimana untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan itu sudah lebih daripada mencukupi terutamanya kopi, minuman berkarbonat dan makanan yang boleh mendatangkan mudarat kalau diambil berlebihan?
Dr. Rafi:
Setiap makanan memang perlu diambil secara sederhana. Sesetengah makanan seperti sayur-sayuran jika diambil berlebihan, tidak akan mendatangkan masalah. Apa yang menjadi masalah ialah jika ibu menghidap diabetes dan menambah terlalu banyak karbohidrat dan manisan, ia boleh menjejaskan kesihatan diri dan bayi.  Ada kajian yang membuktikan jika ibu mengambil kopi lebih daripada sembilan gelas sehari sepanjang sembilan bulan kehamilan boleh memudaratkan. Namun, jarang sekali ibu mengandung minum kopi dalam jumlah sebegini banyak setiap hari sepanjang hamil. Jadi, jika diambil dalam jumlah yang sedikit, tiada apa-apa masalah. Apa yang penting ialah bersederhana.
           
Mama:
Benarkah dengan minum air soya kulit anak cerah dan jika minum air kopi anak akan berkulit gelap. Apa kaitan pemakanan dengan warna kulit anak?
Dr. Rafi:
Cerah atau gelap anak itu bergantung kepada bakanya. Tiada ubat atau makanan yang boleh buat bayi yang dikandung cerah atau gelap.

Mama:
Berapa banyak kalori yang perlu ditambah sepanjang hamil terutamanya di awal kehamilan. Apa panduan untuk mengawal pemakanan dan berat badan semasa mengandung?
Dr. Rafi:
Waktu mengandung jangan makan untuk “berdua”. Elak daripada menambah terlalu banyak berat badan. Kenaikan berat badan perlu ikut jumlah yang telah ditetapkan bagi setiap bulan kehamilan. Jika kenaikan terlalu banyak, akan ada masalah seperti ibu mungkin menghidap diabetes. Ibu juga mungkin susah meneran kerana ruang untuk bayi keluar kurang.
Jadi, ibu perlu mengawal pemakanan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan mengurangkan manis-manisan dan karbohidrat yang menjadi punca kenaikan berat badan.

Mama:
Benarkah morning sickness hanya berlaku di waktu pagi sahaja. Dan mengapa tidak semua wanita mengalaminya?
Dr. Rafi:
Morning sickness adalah alahan yang disebabkan oleh hormon ibu mengandung. Jadi, ia tidak semestinya terjadi pada waktu pagi sahaja. Kebanyakan wanita akan mengalami alahan ini mulai awal mengandung sehingga maksima minggu ke-10 dan sepatutnya minggu ke-14 sudah tiada lagi masalah ini. Namun, ada juga yang mengalaminya sehingga hari kelahiran. Memandangkan ia sejenis alahan, jadi tidak semua wanita mengalami masalah ini.

Mama:
Apa kaitan kalsium dengan kekejangan terutamanya di akhir kehamilan?
Dr. Rafi:
Fungsi kalsium dalam mengatasi kekejangan tidak dapat dibuktikan 100 % tetapi kebanyakan ibu yang mengalami kekejangan akan bertambah baik setelah mengambil suuplemen kalsium yang mencukupi.

Mama:
Betulkah sewaktu mengandung tidak boleh cabut gigi?
Dr. Rafi:
Sebagai doktor, saya galakkan setiap wanita kerap periksa gigi dan jika ada apa-apa masalah sebaiknya masalah itu diatasi sebelum mengandung tetapi jika kebetulan sudah mengandung, ada baiknya cabut gigi berkenaan segera daripada menunggu sehingga hampir waktu bersalin. Ditegaskan! Tiada apa-apa masalah jika ibu mengandung mencabut giginya sewaktu hamil.

Mama:
Apakah yang menyebabkan bayi menghidap jaundis selepas kelahiran?
Dr. Rafi:
Penyebab jaundis tidak dapat dipastikan 100%. Namun, jamu dipercayai dapat memburukkan lagi jaundis. Bagi ibu yang memiliki anak menghidap jaundis selepas lahir dinasihatkan agar tidak memberikan susu kambing bagi menurunkan paras jaundis. Ini kerana susu lembu yang sudah diproses untuk bayi pun tidak digalakkan untuk diberi kepada bayi, ini kan pula susu kambing segar. Bayi mungkin boleh dapat alahan yang teruk dan ususnya berbelit. Masa kini ramai bayi terkena jaundis berbanding dahulu. Ini mungkin disebabkan oleh pencemaran alam dan makanan yang banyak tercemar dengan bahan kimia. 
kredit: pama.karangkraft.com

mommy2 & mommy to be yg nak dptkan tips2, nasihat, cara, bagaimana berkenaan set kehamilan shaklee boleh pm ummi yea.. ummi sedia berkongsi pengalaman kehamilan ummi bersama anda!
mommy2 & mommy to be yg nak dptkan tips2, nasihat, cara, bagaimana nak breastfeeding, buat stok ebm, vitamin untuk milk booster dan berkongsi pengalaman dengan ummi, boleh pm ...ummi sedia membantu... mmg ummi suka sgt bila lihat kawan2 ramai terbuka niat nak menyusukan bayi sendiri... susu ibu hak mutlak anak kita! :)



TQ for purchase....Please Come Again!! ** 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease** 

 Berminat??? Hubungi: 
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju 
@ Page FB: Baby- Mommy HOME 
 @ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl 
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/ 
✉ Email: farisha.fe@gmail.com 
** ID: 1067039 
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964 
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang 

 Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Monday 3 November 2014

Q&A Tentang Vitamin Shaklee | Ibu Menyusu

Assalamualaikum, alhamdulillah masih panjang umur dan di beri kudrat untuk hapdet blog hari ni. So, ummi nak share pasal breasfeed mom..banyak soalan yang mommy2 tanya apabila mengambil shaklee, tapi arini ummi share beberapa soalan yang biasa mommy2 menyusu tanya..untuk rujukan yea.

Soalan popular dari breastfeed mother

 Antara soalan yang menjadi kelazimannya adalah:


Berapakah maksimum pengambilan alfalfa dalam sehari?

Maksimum pengambilan alfalfa ialah 10 biji sehari, namun bukan makan sekaligus ya. Untuk permulaan, anda cuma perlu makan 2 biji sehari sahaja (untuk minggu pertama biasanya). Kemudian, anda boleh tingkatkan pengambilan alfalfa sedikit demi sedikit. Kebiasaannya, pengambilan alfalfa untuk ibu-ibu menyusu antara 2 - 6 biji sehari (2 biji setiap kali makan). Pastikan anda minum air putih secukupnya untuk mengurangkan rasa dahaga dan panas kesan pengambilan suplemen ini.

Bolehkah saya minum susu bersama vitamin-vitamin ini?

Boleh. Walaubagaimanapun, untuk suplemen Vita-Lea, elakkan mengambilnya bersama susu. Ini kerana kalsium (daripada susu) boleh mengganggu penyerapan zat besi (iron)

Bolehkah saya makan suplemen ini ketika menstrual (period)?

Boleh, malahan sangat digalakkan kerana pengambilan suplemen membantu mengurangkan beberapa simptom sebelum dan ketika menstrual. Sebagai contoh, pengambilan Vitalea membantu mengelakkan anaemia kerana mengandungi zat besi. Ostematrix pula membantu anda maintain pengeluaran susu ketika period, selain membantu anda untuk kekal bertenaga dan mengurangkan period pain. Pengambilan vitamin B Complex pula membantu mood yang stabil semasa menstrual.

Sekiranya saya tidak mengepam terus selepas makan suplemen ini, bolehkan saya jarakkan pengambilan 2 biji alfalfa selepas pengambilan vitamin ( Vitalea, B Complex, Vitamin C) dan mengepam selepas itu?

Boleh. Juga pastikan anda mengepam/ direct-feed sehingga breast betul-betul kosong ya. (ini penting untuk mengelakkan clog duct)

Jika saya tidak benar-benar mengosongkan dan terus mengamalkan alfalfa, adakah ia akan memberi sebarang impak?

Tidak. Tetapi kemungkinan besar anda tidak akan mendapat hasil maksimum seperti yang diinginkan. Kekerapan mengosongkan payudara adalah antara kunci penting dalam penghasilan susu badan.

Bilakah waktu terbaik pengambilan Ostematrix? Selepas dinner atau sebelum tidur?

Sebelum tidur untuk kesan penyerapan yang optimum, kerana tubuh kita kurang menyerap air ketika ini. Pengambilan Ostematrix ini juga membantu tidur yang lebih lena (kalsium) dan bangun dengan lebih cergas. InshaALLAH.

EBM saya kelihatan lebih pekat dan kekuningan (kehijauan). Adakah ini normal?

Ya, ia adalah normal. EBM kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain tadi juga turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan EBM. Efek kekuningan @ kehijauan pula adalah kesan daripada unsur riboflavin di dalam B Complex.

Kesan yang sama turut dilihat kepada urin anda yang bertukar menjadi warna seakan kuning fluorescent. Warna kuning yang pekat menandakan bahawa tubuh anda kekurangan air, jadi pastikan anda minum air secukupnya ya.

Saya @ baby demam selepas pengambilan vitamin Shaklee.

 Ini dinamakan HEALING CRISIS.

Alhamdulillah. Jika ada persoalan-persoalan lain, jangan segan-segan untuk bertanya ya. Selalu ummi tekan kepada customers ummi, 'jangan senyap aje kalau ada problem' ;-)

Ingat 3 perkara penting ini jika anda mahu sukses dalam penyusuan susu ibu.
  1. Sentiasa mengosongkan payudara setiap 3 jam sekali (atau minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct-feeding). Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam.
  2. Minum air tidak kurang 3 liter sehari.
  3. Doa yang berterusan. Ingatlah bahawa sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada ALLAH swt.
kredit: yoursupermom


Buat pembelian terus disini>> 


TQ for purchase....Please Come Again!! 


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease** 


 Berminat??? Hubungi: 
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju 
@ Page FB: Baby- Mommy HOME 
 @ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl 
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/ 
✉ Email: farisha.fe@gmail.com 
** ID: 1067039 
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
 ➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang 

 Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Sunday 2 November 2014

Satu Rumah Satu Basic-H Shaklee

Assalamualaikum, alhamdulillah bila dah setel semua kerja rumah,baru boleh buka lappy. ok, hari ni ummi nak share something untuk mommy2 if ada kecemasan berkaitan ngn anak-anak anda. Alhamdulillah, sesambil hapdet blog, sesambil buat order kat online. hari ni byk barang ummi nak order termasuk lah Basic H. kat rumah dah habis, so kena order cepat sebab ia amat penting utk ummi bagi memastikan Wafiq sentiasa terhindar daripada kuman. Dengan Basic H, ummi akan pastikan rumah, pakaian malah Wafiq sendiri sentiasa dilindungi dan bersih drpd kotoran.

Kegunaan Semasa Kecemasan

Kenapa ummi menyarankan setiap rumah mesti memiliki sekurang-kurangnya 1 botol Basic-H?  Kerana ia mempunyai 1001 macam kebaikan. Basic-H juga dapat membantu kita di kala kecemasan sebelum kita berjumpa dengan doktor atau pakar bagi mendapat rawatan lanjut.


Berikut adalah antara kegunaan Basic-H:

1. Menghapuskan kutu di atas kepala Basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic-H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas Sapukan terus Basic-H ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya Tuangkan 4-5 titik Basic-H ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor) Tuangkan 4-5 titik Basic-H ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit gigi Masukkan 4-5 titik Basic-H ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 Basic-H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit) Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

7. Ulser dan mulut berbau Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)

8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah Air lebihan cucian Basic-H boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya Tuangkan 4-5 titik Basic-H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Jom kita lihat testimoni di bawah:


So, pastikan mommy2 mempunyai Basic-H di rumah anda...ia blh jadi alat penyelamat anda di waktu kecemasan. Insyaallah:-)


TQ for purchase....Please Come Again!! 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**


 Berminat??? Hubungi: 
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju 
@ Page FB: Baby- Mommy HOME 
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
 ✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/ 
✉ Email: farisha.fe@gmail.com 
** ID: 1067039 
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964 
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang 

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Thursday 30 October 2014

Ostematrix Shaklee: Atasi lenguh dan sakit belakang semasa hamil

Ostematrix peneman setia ketika hamil

Alhamdulillah, masih ada peluang untuk ummi update blog hari ni. Ramai mommy2 yang preggy tanya ummi bagaimana nak atasi lenguh-lenguh badan dan kaki semasa hamil...biasa la kalau dah peknen tu, sakit sana, lenguh sini. itu perkara normal. mommy2 jangan mengeluh tapi banyak penyelesaian yg kita ada. tapi  kena bijak la dalam membuat keputusan. Jangan main amik ubat yang berisiko utk badan dan bayi anda yea.

Biasanya time peknen ni memang sakit badan, lenguh-lenguh, sakit sendi. Tak boleh tidur malam sebab semuanya serba tak kena kan? ummi pun dah laluinya dulu.
Alhamdulillah, masa ummi mengandung anak sulung, ummi dah berkenalan dengan supplement Shaklee ni..Alhamdulillah jodoh ummi sampai sekarang, daripada pengguna setia sehingga pengedar yang setia untuk berShaklee. Memang best masa tu. Ostematrix adalah salah satu peneman setia saya masa peknen. sangat membantu ummi untuk melegakan sakit dan lenguh pinggang.

Ummi memang syorkan Ostematrix ni pada mommy2 yang mengandung dan mereka kata memang bagus sangat. Sakit belakang dah kurang, bangun dengan cergas, senang buang air besar dan takde dah cramp lagi.

Meh kita tengok bagaimana Ostematrix membantu ibu-ibu hamil ye?

♥ mendapat kalsium yang secukupnya untuk ibu dan anak.

♥ mengoptimumkan pengambilan kalsium dengan formulasi vit D, magnesium yang 
    memastikan serapan yang bagus utk tulang
♥ menghilangkan lenguh-lenguh dan sakit belakang
♥ bangun dengan cergas tanpa rasa letih
♥ sistem penghadaman kerana ia mampu melawaskan
♥ tiada lagi cramp, simpul biawak masa mengandung.




TQ for purchase....Please Come Again!!



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**


Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Wednesday 29 October 2014

Apa yang membuatkan saya tersenyum?

 
Apakah benda yang boleh membuatkan saya tersenyum?????

Opkos la bila tengok gelagat anak yang sihat. Bukan mulut jek senyum tapi hati ketawa. tiada apa lagi yang mampu memberikan senyuman bagi ummi..selain Prince Wafiq sentiasa sihat dan happy.

Alhamdulillah Allah bagi ummi anak yang sihat, aktif, bijak dan comel.Terima kasih dan ummi bersyukur dengan anugerah Allah yang tak terhingga ini.Alhamdulillah...



Bila balik kerja penat, ada anak yang blh hilangkan penat..bila sedih, anak yang akan bagi kita happy...

So????? semoga kita semua di anugerahkan anak yang soleh dan solehah yg sentiasa menyejukkan perut...Insyaallah

Untuk hargai anugerah ini, ummi tidak lupa untuk bagi Prince Wafiq something yang boleh memberikan kesihatan yang baik utk beliau..So, ummi sentiasa menjaga pemakanan Wafiq di samping memberikan supplement utk Wafiq sentiasa sihat dan cergas sepanjang masa.

Ini lah rahsia Wafiq sentiasa sihat....Omega Guard, Nutriferon dan Mealshake...pasti setiap hari utk Wafiq...


 
 







** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**


Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
 @ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Tuesday 28 October 2014

Bagaimana Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum, terima kasih mommy2 yang masih setia follow blog ummi. Sharing is caring, ummi hanya mampu share apa yang ummi tau, yang selebih tu mommy2 kena usaha juga cari ya..Mana la tau, info yang ummi share tak cukup utk mommy praktikkan. Walau apa pun, thousands of thanx buat mommy yang tak jemu mendapatkan info dari blog ummi ni. Yang baik dtangnya dari Allah, yang tak baik tu, khilaf dari ummi.

Ok, hari ni ummi nak share bagaimana menjayakan proses penyusuan susu ibu. Nak Berjaya kenalah usaha dan berdisiplin, betul tak??? kalau nak jek tapi tak usaha, sia- sia la namanya. takkan ada hasil eh..

Utk menjayakan penyusuan.. CHEKCLIST yg lengkap dlm menjayakan penyusuan adalah kombinasi
  • Tubuh yang sihat
  • Supply Vs Demand (kene kerap pam)
  • Pemakanan yang menepati Piramid Makanan dan diet seorang ibu yg menyusukan anak. Doa yang tidak pernah putus pada Allah SWT
  • Istiqamah iaitu konsisten.


Meriahkan? Syaratnya senang ikut panduan dan tips ini
** Sekiranya anda mengambil mana-mana set vitamin ibu menyusu ini maka bersedialah untuk lebihkan kekerapan mengepam setiap 2-3 jam kerana tanpa kekerapan mengepam dan menyusukan maka tiada gunanya kita mengambil vitamin ibu menyusu ini.

 
** 1-2minggu awal mkn suplemen ni kene teruskan kerap pam.. pam setiap 2-3jam sekali. Air pastikan minum sehari minimum 2.5-3liter... Apa2 pun kene kerap pam.Awal2 pam ni takkan terus mencurah., ianya untuk merangsang sahaja...

** Vitamin ibu menyusu hanya bertindak sebagai 'milk booster' dan menyokong keperluan zat & nutrisi ibu menyusu dan anak yang disusui kerana secara puratanya kebanyakkan kita tidak dapat mengambil keperluan makanan harian dengan secukupnya. Tanpa pengosongan payudara yang kerap, otak tidak dapat menerima signal untuk mengerahkan payudara menghasilkan lebih banyak susu ibu.


** Sekiranya anda ingin menyusukan anak sekurang-kurangnya 2 tahun, anda perlu bersedia dengan konsep 'more demand, more supply' dalam memastikan ibu dapat meningkatkan  pengeluaran dan mengekalkan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun.



** Pastikan juga ibu-ibu minum tidak kurang air putih 3 liter sehari untuk penyerapan supplement yang berkesan oleh tubuh dan juga turut membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu.

So apalagi? Mahu berjaya kenalah ikut tips dan panduan ini! Selamat berjaya menjadi ibu yang menyusu! Susu ibu hak mutlak anak kita!!

Semoga Berjaya yea mommy:-)


TQ for purchase....Please Come Again!! **

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**



Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Monday 27 October 2014

ESP Shaklee Terbaik Sebagai Vitamin Ibu Menyusu

KENAPA ESP NI BEST SANGAT????

Mommy2 tau tak nape ESP best??? takpe meh ummi share sikit apa kebaikan yang ada dalam ESP ni. ummi pun telah merasai sendiri kehebatan serbuk ajaib ni. Bukan utk diminum dahaja, ummi gunakan ESP ni sebagai masker yang membuat kan kulit muka ummi gebu, putih dan jerawat pun takde.

ESP.....Apa itu ya??
  1. Sbb PROTEIN ADALAH MAKANAN TERPENTING UNTUK TUBUH MANUSIA. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.
Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru.
 
2. APA yg BEST tentang ESP ? Merupakan sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
 
Berasakan tumbuh- tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan TERBUKTI SECARA KLINIKAL dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, di samping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna.
 
ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
 
3. Kelebihan ESP dalam menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri, membantu hilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan, menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
 
ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
 
4. Pengambilan ESP bersama suplemen-suplemen lain amat membantu dalam meng'optimum'kan kadar penyerapan nutrien suplemen-suplemen tersebut ke dalam tubuh kita .. senang kata, kesan pengambilan vitamin/mineral akan lebih efektif bersama pengambilan ESP

Secara ringkasnya ESP dapat membantu kita:
  • Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi 
  • Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 
  • Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan 
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot 
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal 
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal 

Pembelian terus ESP boleh klik di sini sahaja:-)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=3b8d83483189887a2f1a39d690463a8f



TQ for purchase....Please Come Again!!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
 @ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Sunday 26 October 2014

Collagen Powder Shaklee: Adakah Selamat Untuk Ibu Mengandung

Adakah Collagen Powder Shaklee selamat untuk IBU MENGANDUNG dan MENYUSU?

 

Secara asasnya, kolagen selamat malah diperlukan untuk menjaga kulit agar tidak mengalami rekahan (stretch mark) bagi wanita hamil. Namun, ibu-ibu harus berwaspada pada bahan-bahan yang digunakan, kerana ada bahan yang tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu.

Malah, harus tahu juga bahawa produk2 kolagen ni tidak diuji terhadap wanita hamil dan menyusu. Oleh itu, ibu-ibu kena periksa dulu apa bahan yang digunakan. Contohnya dalam Collagen Powder Shaklee ni mengandungi sejenis herba bernama Pfaffia yang tidak sesuai untuk wanita hamil kerana ia memberi kesan kepada hormon mengandung. Tapi jangan risau, ibu mengandung boleh menggunakan Collagen sebagai masker.
 
Bagaimana dengan ibu menyusu?


Mahu mengetahui resepi masker collagen Shaklee ni. Jangan malu-malu hubungi saya.

 


TQ for purchase....Please Come Again!! **

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...