Showing posts with label SET IBU HAMIL. Show all posts
Showing posts with label SET IBU HAMIL. Show all posts

Tuesday, 4 November 2014

Soalan Popular Ketika Hamil

Alhamdulillah, semalam ummi sempat share sedikit tentang persoalan utk ibu menyusu. ok, arini ummi nak share pulak soalan2 berkenaan hamil. Harap dapat membantu mommy2 terutamanya utk anak pertama.

Apa perasaan anda tatkala disahkan hamil?

Sebaik disahkan hamil, kebiasaannya anda akan diselubungi 1001 persoalan tentang suka duka kehamilan. Bersama Dr.Mohamad Rafi dari Hospital UMRA, Shah Alam untuk mendapatkan jawapannya.  

Mama:
Benarkah vitamin ibu mengandung seperti Obimin boleh menyebabkan kandungan besar sekali gus menyukarkan kelahiran?
Dr. Rafi:
Tidak sesekali. Vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambahkan tahap darah merah ibu bukannya untuk membesarkan bayi. Sekiranya ibu kurang darah dan kelihatan pucat, pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh berlaku dan ia membahayakan. Bayi yang besar banyak bergantung kepada baka atau adakalanya ibu menghidap diabetes.

Mama:
Apa penyelesaian terbaik jika waktu hamil tahap HB tetap rendah?
Dr. Rafi:
Biasanya kalau ibu nampak terlalu pucat sebelum bersalin, doktor akan memasukkan darah. Ini terpaksa dilakukan jika tahap HB tetap rendah walaupun sudah ambil supplemen dan makanan yang boleh menambahkan darah.

Mama:
Bolehkah bersalin normal jika sebelum itu pernah melahirkan secara caesarean?
Dr. Rafi:
Boleh sekiranya ibu hanya pernah sekali melalui kelahiran caesarean. Jika sudah dua kali caesarean, memang tidak dibenarkan langsung. Kebanyakan kelahiran normal berjaya selepas caesarean berjaya bergantung kepada sebab ibu perlu melalui kelahiran caesarean sebelum ini. Mungkin tulang punggung sempit, peluang untuk bayi keluar susah. Jika uri bawah atau masalah songsang boleh berjaya tetapi ada risiko tertentu. Kalau mahu cuba bersalin normal, perlu diketahui dalam 200 wanita, seorang daripada berisiko mengalami pecah rahim.

Mama:
Apakah teknik meneran yang betul?
Dr. Rafi:
Cara setiap wanita meneran adalah berbeza. Apa yang paling, ibu perlu meneran seperti hendak membuang air besar. Ramai yang meneran sehingga muka merah. Apatah lagi kalau menjerit. Ibu tidak boleh meneran. Itu salah! Setiap kali meneran, kepala perlu menunduk sedikit. Tarik nafas dan tahan nafas seperti hendak membuang air besar.

Mama:
Benarkah banyak berjalan sebelum melahirkan akan memudahkan proses bersalin?
Dr. Rafi:
Ya dan tidak. Banyak berjalan sebenarnya dapat merangsang otot menjadi lebih kuat. Jika hanya berbaring tanpa melakukan aktiviti fizikal, ia menyukarkan proses kelahiran kerana otot lemah. Selain berjalan, aktiviti fizikal yang biasa dilakukan setiap hari sudah memadai. Yang penting, jangan melakukan aktiviti yang boleh mencederakan diri sendiri.

Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui kontraksi yang sebenar?
Dr. Rafi:
Kontraksi biasanya sakit dan akan bertambah kekerapannya. Manakala kontraksi palsu tidak sakit dan kekerapannya sama atau stabil. Doktor dapat mengesan kontraksi dengan menggunakan mesin CTG atau melalui ujian faraj. Jika ibu sakit dan tidak senang hati, lebih selamat jumpa doktor daripada buat keputusan sendiri.

Mama:
Bolehkah demam panas yang dialami ibu memberi kesan kepada bayi yang dikandung?
Dr. Rafi:
Jika demam terlalu panas, adakalanya boleh menjejaskan bayi tetapi biasanya tidak memberi masalah besar.

Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui ubat yang diambil ketika mengalami demam, batuk, selesema atau sakit ringan yang lain selamat dan tidak menjejaskan bayi?
Dr. Rafi:
Kebanyakan ubat selamat (99 %). Jika ibu demam dan tidak mahu makan ubat, ia lebih memudaratkan  daripada makan ubat untuk meredakan demam. Demikian juga halnya dengan ubat batuk dan selesema. Malah, kebanyakan antibiotik selamat. Hanya ada sebilangan kecil sahaja tidak boleh dimakan oleh ibu hamil. 

Mama:
Sewaktu hamil, terasa sakit di bahagian tertentu tetapi apabila berjumpa doktor pakar, beliau mengatakan tiada apa-apa. Apa cara untuk mengetahui kesakitan yang dialami serius atau sebaliknya?
Dr. Rafi:
Kebanyakan doktor hanya risau dengan sakit yang diadu ibu akibat kontraksi pra matang dan kencing kotor. Kedua-duanya adalah sakit yang paling kerap ditemui. Selebihnya ialah sakit yang disebabkan oleh batu karang, apendiks dan hal-hal yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ada juga yang mengadu sakit belakang. Ini disebabkan oleh tulang belakang menjadi bengkok kerana pembesaran rahim. Ligamen yang menegang juga boleh menyebabkan sakit. Biasanya sakit sebegini tidak merbahaya tetapi ada baiknya jika dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.  

Mama:
Bolehkah mengambil supplemen herba dan hemopati selain daripada ubat yang dibekalkan doktor?
Dr. Rafi:
Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan kenyataan bahawa sesetengah ubat herba dan hemopati boleh membahayakan ibu. Ini kerana ada bukti yang menunjukkan ada kesan buruk selepas pengambilan ubat herba dan hemopati tertentu.

Mama:
Kebanyakan makanan perlu diambil secara sederhana. Bagaimana untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan itu sudah lebih daripada mencukupi terutamanya kopi, minuman berkarbonat dan makanan yang boleh mendatangkan mudarat kalau diambil berlebihan?
Dr. Rafi:
Setiap makanan memang perlu diambil secara sederhana. Sesetengah makanan seperti sayur-sayuran jika diambil berlebihan, tidak akan mendatangkan masalah. Apa yang menjadi masalah ialah jika ibu menghidap diabetes dan menambah terlalu banyak karbohidrat dan manisan, ia boleh menjejaskan kesihatan diri dan bayi.  Ada kajian yang membuktikan jika ibu mengambil kopi lebih daripada sembilan gelas sehari sepanjang sembilan bulan kehamilan boleh memudaratkan. Namun, jarang sekali ibu mengandung minum kopi dalam jumlah sebegini banyak setiap hari sepanjang hamil. Jadi, jika diambil dalam jumlah yang sedikit, tiada apa-apa masalah. Apa yang penting ialah bersederhana.
           
Mama:
Benarkah dengan minum air soya kulit anak cerah dan jika minum air kopi anak akan berkulit gelap. Apa kaitan pemakanan dengan warna kulit anak?
Dr. Rafi:
Cerah atau gelap anak itu bergantung kepada bakanya. Tiada ubat atau makanan yang boleh buat bayi yang dikandung cerah atau gelap.

Mama:
Berapa banyak kalori yang perlu ditambah sepanjang hamil terutamanya di awal kehamilan. Apa panduan untuk mengawal pemakanan dan berat badan semasa mengandung?
Dr. Rafi:
Waktu mengandung jangan makan untuk “berdua”. Elak daripada menambah terlalu banyak berat badan. Kenaikan berat badan perlu ikut jumlah yang telah ditetapkan bagi setiap bulan kehamilan. Jika kenaikan terlalu banyak, akan ada masalah seperti ibu mungkin menghidap diabetes. Ibu juga mungkin susah meneran kerana ruang untuk bayi keluar kurang.
Jadi, ibu perlu mengawal pemakanan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan mengurangkan manis-manisan dan karbohidrat yang menjadi punca kenaikan berat badan.

Mama:
Benarkah morning sickness hanya berlaku di waktu pagi sahaja. Dan mengapa tidak semua wanita mengalaminya?
Dr. Rafi:
Morning sickness adalah alahan yang disebabkan oleh hormon ibu mengandung. Jadi, ia tidak semestinya terjadi pada waktu pagi sahaja. Kebanyakan wanita akan mengalami alahan ini mulai awal mengandung sehingga maksima minggu ke-10 dan sepatutnya minggu ke-14 sudah tiada lagi masalah ini. Namun, ada juga yang mengalaminya sehingga hari kelahiran. Memandangkan ia sejenis alahan, jadi tidak semua wanita mengalami masalah ini.

Mama:
Apa kaitan kalsium dengan kekejangan terutamanya di akhir kehamilan?
Dr. Rafi:
Fungsi kalsium dalam mengatasi kekejangan tidak dapat dibuktikan 100 % tetapi kebanyakan ibu yang mengalami kekejangan akan bertambah baik setelah mengambil suuplemen kalsium yang mencukupi.

Mama:
Betulkah sewaktu mengandung tidak boleh cabut gigi?
Dr. Rafi:
Sebagai doktor, saya galakkan setiap wanita kerap periksa gigi dan jika ada apa-apa masalah sebaiknya masalah itu diatasi sebelum mengandung tetapi jika kebetulan sudah mengandung, ada baiknya cabut gigi berkenaan segera daripada menunggu sehingga hampir waktu bersalin. Ditegaskan! Tiada apa-apa masalah jika ibu mengandung mencabut giginya sewaktu hamil.

Mama:
Apakah yang menyebabkan bayi menghidap jaundis selepas kelahiran?
Dr. Rafi:
Penyebab jaundis tidak dapat dipastikan 100%. Namun, jamu dipercayai dapat memburukkan lagi jaundis. Bagi ibu yang memiliki anak menghidap jaundis selepas lahir dinasihatkan agar tidak memberikan susu kambing bagi menurunkan paras jaundis. Ini kerana susu lembu yang sudah diproses untuk bayi pun tidak digalakkan untuk diberi kepada bayi, ini kan pula susu kambing segar. Bayi mungkin boleh dapat alahan yang teruk dan ususnya berbelit. Masa kini ramai bayi terkena jaundis berbanding dahulu. Ini mungkin disebabkan oleh pencemaran alam dan makanan yang banyak tercemar dengan bahan kimia. 
kredit: pama.karangkraft.com

mommy2 & mommy to be yg nak dptkan tips2, nasihat, cara, bagaimana berkenaan set kehamilan shaklee boleh pm ummi yea.. ummi sedia berkongsi pengalaman kehamilan ummi bersama anda!
mommy2 & mommy to be yg nak dptkan tips2, nasihat, cara, bagaimana nak breastfeeding, buat stok ebm, vitamin untuk milk booster dan berkongsi pengalaman dengan ummi, boleh pm ...ummi sedia membantu... mmg ummi suka sgt bila lihat kawan2 ramai terbuka niat nak menyusukan bayi sendiri... susu ibu hak mutlak anak kita! :)



TQ for purchase....Please Come Again!! ** 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease** 

 Berminat??? Hubungi: 
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju 
@ Page FB: Baby- Mommy HOME 
 @ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl 
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/ 
✉ Email: farisha.fe@gmail.com 
** ID: 1067039 
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964 
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang 

 Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Thursday, 30 October 2014

Ostematrix Shaklee: Atasi lenguh dan sakit belakang semasa hamil

Ostematrix peneman setia ketika hamil

Alhamdulillah, masih ada peluang untuk ummi update blog hari ni. Ramai mommy2 yang preggy tanya ummi bagaimana nak atasi lenguh-lenguh badan dan kaki semasa hamil...biasa la kalau dah peknen tu, sakit sana, lenguh sini. itu perkara normal. mommy2 jangan mengeluh tapi banyak penyelesaian yg kita ada. tapi  kena bijak la dalam membuat keputusan. Jangan main amik ubat yang berisiko utk badan dan bayi anda yea.

Biasanya time peknen ni memang sakit badan, lenguh-lenguh, sakit sendi. Tak boleh tidur malam sebab semuanya serba tak kena kan? ummi pun dah laluinya dulu.
Alhamdulillah, masa ummi mengandung anak sulung, ummi dah berkenalan dengan supplement Shaklee ni..Alhamdulillah jodoh ummi sampai sekarang, daripada pengguna setia sehingga pengedar yang setia untuk berShaklee. Memang best masa tu. Ostematrix adalah salah satu peneman setia saya masa peknen. sangat membantu ummi untuk melegakan sakit dan lenguh pinggang.

Ummi memang syorkan Ostematrix ni pada mommy2 yang mengandung dan mereka kata memang bagus sangat. Sakit belakang dah kurang, bangun dengan cergas, senang buang air besar dan takde dah cramp lagi.

Meh kita tengok bagaimana Ostematrix membantu ibu-ibu hamil ye?

♥ mendapat kalsium yang secukupnya untuk ibu dan anak.

♥ mengoptimumkan pengambilan kalsium dengan formulasi vit D, magnesium yang 
    memastikan serapan yang bagus utk tulang
♥ menghilangkan lenguh-lenguh dan sakit belakang
♥ bangun dengan cergas tanpa rasa letih
♥ sistem penghadaman kerana ia mampu melawaskan
♥ tiada lagi cramp, simpul biawak masa mengandung.




TQ for purchase....Please Come Again!!



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**


Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Thursday, 23 October 2014

Vitamin Ibu Hamil: Vitamin Mengatasi Morning Sickness

Vitamin ketika morning sickness

Saat kehamilan adalah saat yang indah buat semua wanita. Wanita memang istimewa kerana dipilih Allah SWT untuk merasai keajaiban ciptaan mahkluknya yang bernama manusia. Bertuahkan jadi wanita? Setuju tak mommy2?

Tapi saat indah kehamilan itu akan bertukar menjadi masalah yang merunsingkan, meletihkan, meloyakan dan kadang kala mencapai tahap kritikal apabila mengalami alahan atau morning sickness. Kebanyakan ibu hamil mengalami morning sickness di awal kehamilan.




Pengambilan vitamin B Complex dan Ostematrix dapat membantu ibu hamil mengatasi gejala morning sickness ini. Mari kita baca kebaikan kedua-dua vitamin ini.


Antara kebaikan B Complex


  • B complex boleh melegakan mabuk, loya pening dan morning sickness di kalangan ibu hamil. Membantu dalam pembentukan hemoglobin
  • Membantu pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan
Boleh baca perincian tentang vitamin B Complex

Antara kebaikan Ostematrix


  • Bantu tidur lena sepanjang malam
  • Badan terasa bertenaga & mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan Shaklee B-Complex
  • Menghilangkan lenguh-lenguh & bisa-bisa badan
  • Mengurangkan rasa sakit pinggang & kejang kaki terutama buat ibu hamil 
  • Melawaskan sistem penghadaman – mudah ‘membuang’ keesokan harinya (bukan cirit birit)

Kombinasi B Complex dan Ostematrix memang terbukti berkesan dalam menangani gejala morning sickness di peringkat awal kehamilan. 

Kalsium dikenali sebagai Ostematrix..gabungan Calcium Magenisum lengkap dengan vitamin D… Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari

Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya, badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling ringan ialah, kekejangan otot atau pun cramp yang sering berlaku ketika mengandung.

Pembelian terus hanya klik di bawah:
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=bf9452f935bd53b41c9c7b441423d815
TQ for purchase....Please Come Again!!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**


Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
 @ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Saturday, 18 October 2014

Ibu Mengandung : Pastikan Keperluan Kalsium Anda Cukup Sepanjang Kehamilan

Pengambilan kalsium cukup penting untuk wanita hamil. Kalsium diketahui penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat, jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi. Sumber mineral ini juga membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang kalsium ini.

Kesan kekurangan Kalsium
Kekurangan kalsium sewaktu hamil boleh menyebabkan bayi menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini sebenarnya akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis).

Keperluan Kalsium Minimum bagi Wanita
Wanita berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin). Wanita berusia 18 tahun ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya 1300 mg sehari.

Ramai wanita hamil tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi di sepanjang kehamilan mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium pada setiap hari.

Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehinggalah bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.

Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.

kalsiumkilde 300x203 Ibu Mengandung : Pastikan Keperluan Kalsium Anda Cukup Sepanjang Kehamilan

Pil Kalsium: OSTEMATRIX.
Selain itu, ibu hamil disarankan juga mengambil pil kalsium yang menyediakan 1000mg sumber kalsium yang bersamaan dengan 4 biji setiap hari. Mengapa cukup sekadar 1000 mg sehari? Ini kerana tubuh kita hanya mampu menyerap kira-kira 500 mg kalsium dalam satu-satu masa.

Akan tetapi jangan lah berlebihan kerana pengambilan kalsium yang berlebihan akan mengakibatkan masalah sembelit, meningkatkan risiko batu karang dan menghalang keupayaan badan menyerap zink dan zat besi.


Ostematrix01 Ibu Mengandung : Pastikan Keperluan Kalsium Anda Cukup Sepanjang Kehamilan



Mengapa Ostematrix Shaklee? Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?

1. 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan.

2. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

3. Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.

4. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu.

Yang penting, apabila kita pasti dan tahu berapa ukuran atau sukatan bagi setiap apa yang dimakan oleh kita, maka tubuh badan kita akan mampu menyerap dan menerima segala vitamin dengan lebih baik. Walau apa pun yg kita makan, makanlah dengan berilmu!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Wednesday, 11 June 2014

Set Mengandung Shaklee Super Bajet!

Mengandung dan ada anak impian bagi setiap pasangan...ya dok??? tetiba... Dan pastilah ibu mahu yang terbaik untuk ibu dan juga anak di dalam rahim.

Memandangkan hidup di zaman serba moden ni, so duit amat diperlukan..kekadang duit mengalir macam air kan??? So, ummi yakin ramai mommy tak mampu nak beli produk utk diri sendiri...kalau benda lain blh terima, tapi kalau utk kebaikan bayi dlm kandungan??? takder galang ganti kan?? duit boleh cari tapi anak yg sihat tiada nilai.

So, bagi yg tak mampu nak beli Set Mengandung yg mahal- mahal, ummi yakin
Set Mengandung Shaklee adalah pilihan terbaik. Kerana ianya vitamin semulajadi. Bukan vitamin sintetik yang boleh memberi kesan yang negatif. Pastilah bayi yang sihat, gebu dan cantik adalah impian bagi setiap ibu. Sebab itu ibu perlu yang terbaik dari yang baik.

Set ini dilengkapi dengan:
 
Vita Lea
membekalkan segala vitamin dan mineral penting untuk ibu dan bayi

B Complex
mengandungi asid folik, mengurangkan rasa loya dan menurunkan stress level

Vita C
membina antibodi badan dan mengalakkan pertumbuhan sel-sel tubuh yang baru

Ostematrix
membekalkan keperluan kalsium yang ideal, mengelak cramp (simpul biawak) dan komplikasi semasa bersalin



super bajet, super bagus untuk ibu hamil
Tahukah ibu, bahawa biasanya di awal kehamilan. Ibu akan mengalami 'morning sickness'. Muntah-muntah dan tiada selera makan. Jadi Set Mengandung Shaklee ini akan membantu mencukupkan vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh janin yang sedang membesar.

Ibu mengandung perlukan makanan yang berzat dan sihat. Jika pemakanan tak dititik berat. Pasti lesu dan tidak bermaya. Lebih teruk jika ketika melahirkan, ada komplikasi. Dan memberi kesan kepada anak yang ditunggu-tunggu tadi. Jadi pilihlah yang terbaik dari awal kehamilan ya.


bayi yang sihat dan comel, impian semua ibu

Selain dari pengambilan makanan tambahan seperti Set Mengandung Shaklee. Diet yang sihat juga amat diperlukan. Berikut adalah 10 makanan yang baik untuk ibu mengandung:
  • Telur 
Ada 12 vitamin dan mineral penting untuk ibu mengandung. Juga ada protein yang sungguh baik.

  • Salmon

Bagus untuk perkembangan otak bayi kerana ada Omega 3.

  • Kekacang

Kandungan fiber yang tinggi, mengelakkan masalah penghadaman

  • Keledek

Menghasilkan Vitamin A dan kaya dengan Vitamin C, Folate dan Fiber

  • Popcorn dan Bijirin-bijirin 

Kaya dengan fiber, nutrien, vitamin E dan selenium. Jadi enjoy ur pop corn.
  • 'Greek' Yogurt
Kaya dengan calcium, penting untuk pertumbuhan tulang bayi juga baik untuk peredaran yang bagus untuk ibu.

  • Walnuts

Juga kaya dengan Omega 3. Option jika tak boleh makan salmon.

  • Sayur Berdaun Hijau

Sungguh kaya dengan vitamin dan nutrien, vitamin A,C dan K. Juga ada kandungan folate. Bagus untuk kesihatan mata.

  • Daging Tanpa Lemak

Sumber yang baik adalah daging lembu, tinggi khasiat protein.

  • Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Pastinya kaya dengan vitamin dan mineral. Tahukah bahawa bayi boleh merasa makanan melalui air ketuban pada trimester ke-3. Jadi pelbagaikanlah makanan, kenalkan bayi kepelbagaian makanan.

Pelbagai lagi makanan lain yang berkhasiat. Yang baik untuk ibu yang sedang hamil. Zat makanan-makanan nie mudah tercemar, kerana pencemaran, cara simpanan, dan cara dimasak dan disediakan. Jadi untuk lengkapkan keperluan vitamin dan mineral nie, ibu disarankan ambil makanan tambahan seperti Set Mengandung Shaklee.

Selain dari makanan fizikal, yang lebih penting makanan rohani. Ibu rajinlah baca Al-Quran, berzikir, solat sunat, dan jaga akhlak insyaallah anak yang dilahirkan bakal soleh dan solehah.

Set Mengandung Shaklee ini adalah set yang paling bajet. Harga retail RM239, dan boleh digunakan selama 4 bulan. Kos dalam sebulan hanya lebih kurang RM60. Untuk harga yang lebih istimewa dan bajet, boleh lah hubungi saya ye.

ummi doakan mommy sentiasa dalam keadaan yg baik...dan sihat:-)

Untuk pembelian Set Mengandung, boleh terus klik sini:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=bf9452f935bd53b41c9c7b441423d815

 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**


Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Wednesday, 30 April 2014

Vitamin ibu mengandung

Pentingnya prenatal vitamin kepada ibu mengandung...mmg tersangatlah penting kerana ibu mengandug selain mesti mengambil makanan berkhasiat, haruslah ambil vitamin

.Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :

- dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
- mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
- membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
- mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.

Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :

1.Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.

2.Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.

3.Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.

4.Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :

1.Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.

2.B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid

3.Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.

4.Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)



Boleh juga add on :

1.Vitamin C

2.ESP

Tak Digalakkan :

1.Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.

2.Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari.

3.Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.

Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebarang pembetulan / pembaikan adalah di alu-alukan

Berminat??? Hubungi: 
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju 
@ Page FB: Healthy Lifestyle 
@ https://www.facebook.com/familylifestylenow?ref=hl
 ✐ Blog: http://healthylifestyleshaklee.blogspot.com/ 
✉ Email: farisha.fe@gmail.com 
** ID: 1067039 
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964 
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Putrajaya, Cheras, Rawang (Weekend Only) 

Sharing & Caring bersama HEALTHY LIFESTYLE... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Sunday, 27 April 2014

Makanan utk perkembangan otak bayi

Perkembangan otak janin (bayi dalam kandungan) anda bermula pada minggu kedua kehamilan dan berterusan hingga minggu terakhir kehamilan. Semasa proses ini, pemakanan ibu memberi kesan ketara terhadap pertumbuhan janin, yang menentukan keupayaan minda dan kognitif. Ketahui bagaimana ibu boleh membantu untuk perkembangan otak janin dengan mengamalkan diet yang merangkumi makanan berkhasiat dan kaya dengan nutrien.


bayi dalam kandungan



DHA

DHA adalah tergolong dalam kategori asid lemak omega 3 yang mana sangat dikenali sebagai sumber utama untuk otak yang cerdik. Manfaatnya adalah terlibat dalam pembentukan tisu otak dan penebatan neron. Sumber DHA boleh didapati dalam ikan beriklim sejuk seperti salmon, makanan yang diperkuat dan makanan tambahan. 


dha untuk ibu hamil



KOLINA

Kolina memainkan peranan dalam DNA dan penebatan saraf. Ia boleh membaiki daya ingatan dan meningkatkan keupayaan kognitif. Sumber kolina adalah dari telur, germa gandum, kacang soya, susu, kacang tanah, kubis dan bunga kubis.


kolina dari telur



ASID LEMAK OMEGA 3

Diperlukan untuk perkembangan membran sel dan fungsi fisiologi otak. Sumbernya seperti ikan tuna, salmon dan sudah tentu Omega Guard!


omega guard DHA



ASID LEMAK OMEGA 6

Bertindak sebagai pelopor kepada sekumpulan hormon yang memainkan peranan dalam pembangunan fungsi penting dalam otak. Sumber omega 6 adalah dari biji bunga matahari, minyak bijian, jagung, biji labu, bijan, kekacang, daging dan produk tenusu.


ZAT BESI

Penting dalam pembentukan isyarat saraf dalam otak, penebatan saraf dan tenaga. Ia boleh didapati dari daging, kuning telur, sayuran berdaun hijau.


ASID FOLIK

Asid folik membantu pertumbuhan tiub neural janin dan juga membantu mencegah spina bifida, satu keadaan di mana saraf tunjang terkeluar melalui bukaan di bahagian belakang. Sumber asid folika dalah dari bayam, kacang tanah, biji matahari, avokado dan emping jagung.

Kesemua zat-zat tersebut adalah sangat ideal dan amat diperlukan oleh ibu semasa hamil. Jangan ambil mudah, sayangi janin anda dan jagailah ia selama 9 bulan kandungan untuk memastikan bayi anda mendapat zat yang terbaik nanti.

Kesemua zat tersebut adalah mudah didapati dalam CADANGAN SET IBU HAMIL SHAKLEE. Set ini boleh anda ambil bermula dari mengetahui anda mengandung seterusnya hingga anda melahirkan.





** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi: ✍
 PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...