Saturday 31 May 2014

Tips Elak Sukar Tidur Ketika Hamil

Assalamualaikum dan salam sayang ummi kat mommies..ummi doakan mommy2 sentiasa dalam keadaan yg selesa dan bertenaga.

Hari ni ummi nak kongsikan beberapa tips untuk mommy2 yang mengalami masalah sukar tidur. Memang menjadi kebiasaan apabila hamil, gejala sukar tidur mula menyerang. Ada yang kadang-kadang dan ada yang kerap kali sehingga mengganggu kesihatan. Tak seronok kan??? Tapi takpa, mommy2 jangan risau,  ummi sedia membantu anda semua.

Antara punca wanita hamil sukar lena ketika hamil kerana bayi dalam kandungan makin membesar. Justeru pinggang mula sakit, segala tulang dan sendi mula lenguh. Ada juga akibat bayi sudah pun menekan bahagian pundi kencing menyebabkan kita asyik terasa nak kencing di malam hari. Selain itu, aksi si kecil dalam perut bermain bola sepak ala2 Beckham juga membuatkan kita mudah terjaga. 

 
Di bawah ini ummi kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat sedikit sebanyak dapat membantu masalah mudah terjaga atau sukar tidur.
  • Tidur dalam posisi yang betul iaitu mengiring ke kiri agar peredaran darah menjadi lebih lancar dan kita juga mudah bernafas
  • Minum segelas susu suam sebelum masuk tidur
  • Elakkan minum minuman berkafein atau makanan yang terlalu berat. Elakkan juga memakan makanan yang tinggi karbo ketika larut malam.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur. Atau pun boleh lapkan badan dengan kain lembut yang dicelup air suam
  • Minta tolong suami urutkan di bahagian yang tidak selesa
  • Pastikan pengudaraan di kamar tidur segar, bersih dan selesa
  • Pastikan tilam dan bantal lembut dan selesa
  • Tukar cadar dengan kerap. Gunakan cadar yang diperbuat daripada cotton agar lebih selesa
  • Boleh minta suami sapukan minyak aromaterapi di badan anda
  • Jangan minum air terlalu banyak apabila waktu malam
  • Usah fikirkan perkara yang merunsingkan ketika mahu tiidur
  • Pastikan pengambilan kalsium yang cukup agar anda tidak diserang cramp atau simpul biawak ketika tidur
  • Baca doa dan bercakap-cakap dengan bayi apabila berada di atas katil
Hoke, ummi arap dengan 13 tips yang ummi kongsikan ini mampu memberikan mommies tidur yang lena sepanjang malam:-) In shaa Allah..


Ada lagi yg membuatkan mommies risau?????????????
 
Risau BACAAN HB anda makin lama makin rendah?
Sentiasa krem kaki ketika tidur, gusi berdarah dan sakit gigi..
Penat, letih, stress apabila kena handle anak-anak sendirian???
Tu petanda anda KEKURANGAN vitamin...
Jom cuba SET KEHAMILAN SHAKLEE yang pasti memberikan keselesaan kpd mommies sepanjang tempoh KEHAMILAN
 


 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Pentingnya Asid FOLIK ketika MENGANDUNG


Bagaimana Asid Folik Membantu Mencegah Kecacatan Kelahiran?????




Jika ibu-ibu bercadang untuk mempunyai cahaya mata tidak lama lagi, jangan abaikan pengambilan asid folik. Folik adalah vitamin B yang ditemui dalam pelbagai makanan dan ditambah ke dalam banyak vitamin dan mineral sebagai asid folik. Folik diperlukan sebelum dan pada minggu pertama kehamilan dan boleh membantu mengurangkan risiko dalam sesetengah kecacatan kelahiran yang serius dan biasa dipanggil kecacatan tiub neural yang memberi kesan terhadap otak dan korda spina.


Kecacatan tiub neural boleh terjadi dalam embrio sebeum wanita tersebut menyedari yang dirinya sedang hamil. Jadi sebab itulah, pentingnya ibuibu yang ingin hamil untuk mengambil folik dalam pengambilan harian. Jika, ibu-ibu hamil, ia dapat megurangkan peluang bayi mengalami kecacatn kelahiran pada otak dan korda spina.


Dua kecacatan tiub neural yang boleh dikurangkan dengan pengambilan folik adalah anencephaly dan spina bifida. Bayi-bayi yang mengalami anencephaly tidak membentuk otak atau mati selepas dilahirkan. Spina bifida pula boleh memberikan kecacatan ringan sehinggalah kecacatan berat. Bayi yang lahir dengan kecacatan spina bifida boleh hidup lama tetapi memerlukan sokongan spt pendakap kaki, dan lain2untuk membantu mereka berjalan dan sebagainya. 



Sumber-sumber asid folik boleh diperolehi dalam pelbagai makanan termasuklah hati sayuran hijau berdaun gelap, brokoli dan asparagus, buah-buahan sitrus serta jus, produk bijirin, kacang dll. 



Selain itu, folik juga boleh didapati daripada supplement asid folik dan vitamin yang mengndungi asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 hingga 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Contoh vitamin yang lengkap dengan keperluan asid folik 400mcg adalah Vitalea & B Complex.











Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

  Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama





 

Friday 30 May 2014

Perlukah makan supplements sewaktu mengandung?

Assalamualaikum ...
Hari ni tetiba plak nak flasback balik pemakanan kita semasa mengandung dulu. Sebab blog ni mostly dalam kalangan wanita yg dah berkawin dan pregnant ataupun masih dalam berusaha lagi utk pregnant :) Maybe entry ni boleh membantu sikit2 untuk korang refer pada masa yang perlu nanti. Iya dak?? Mana lor tau kan??? ilmu kan utk di kongsi, so sesape yg rasa ilmu kita ni berguna, apa slhnya amik dan kongsi plak ngn org lain,,,kan???kan???

Alhamdulillah, sejak adanya blog and info yg slalu kita share kat blog and FB page, ramai yang mesej dan wassap tanya suppliments apa yang bagus ketika mengandung. Maklum la Insyaallah semua wanita yg berkawen pasti akan merasa nikmatnya pregnant. Tak dinafikan kita pun antara salah sorang yang sgt excited bila disahkan mengandung...ERmmm rasa mcm menunggu bidadari dr kayangan...alhamdulillah..Mengalami morning sickness yang teruk atau alahan adalah biasa bg ibu- ibu mengandung termasuk kita.

Maklum la 1st experience mengandungkan Prince Wafiq, banyak bnda tak tau. Tapi Alhamdulillah, femly byk membantu.Selain daripada amalan2 rohani, kita juga perlu amalkan suppliment2 yang bagus untuk bayi dalam kandungan kita. Sebab ape? Sebab kita konfem2 risau akan kesihatan dan perkembangan bayi dalam perut. Di peringkat awal, 1st trimester, vitamin yang tak boleh tinggal dan sangat2 penting ialah FOLID ACID.  Bila masuk je 2nd Trimester, focus pada kalsium pulak. Dan bila masuk 3rd trimester which is final trimester, perlu Omega (fish oil) supaya otak bayi dapat terbentuk dengan baik (dengan kata lain nak anak jd bijak).

Pengalaman sendiri masa mengandung Prince Wafiq dulu, Antara suppliment yang kita consume ialah folid acid, Obimin, dan vitamin2 daripada Shaklee. Dan juga yg sgt membantu ketika sakit belakang dan gigi adalah Ostematrix. Apa yang bagusnya yg kita nak kongsi dengan pembaca2 blog ni, selain dr mendapat khasiat yang bagus untuk baby dalam kandungan, ianya bagus jugak untuk kulit ibu yg tengah mengandung. Biasa lor time mengandung ada certain2 ibu yg mengandung mengalami syndrom2 perubahan hormon dari segi kulit badan dan hormon. Takpon senang cerita KULIT KUSAM atau allergic kulit spt ummi alami, naik bintik hitam kat blakang..alamak,,,mmg x cantik lor mak jemah....

Bila dah jd mcm tu, risau lor takut asben lari..wakakkaka...so kita berusaha la cari suppliments yg bagus utk kulit. Alhamdulillah time ni la kita jumpa ngn cik Shaklee yg sgt bagus. Bila amik Shaklee, bintik hitam mula hilang, badan rasa lebih bertenaga dan muka berseri- seri,,,(seri ibu mengandung katakan:-)) hehehheheh

Sebelum amik Shaklee, rekod check up setiap bulan selalu ada problem especially problem ngn HB rendah, bacaan slalu 9- 9.5 jek. Nurse nak marah pn da x larat, xleh nak wat pape pn, mkn ati,bayam???? x mo Nye naik.

Tapi yang paling kita suka bila amalkan vitamin2 ni ketika mengandung, rekod kehamilan dengan check up terus ok dan baik, Alhamdulillah takde langsung masalah2 slps tu, tekanan darah tinggi, kencing manis dan lain2 semua dah normal. Tekanan darah pon nurse puji da cantik sehinggalah lepas bersalin ni.

So bg yg mempunyai masalah ms pregnant tu terutamanya yg ada masalah HB rendah, kita syorkan ambil Vitamin Shaklee,, Insyallah dapat membantu masalah yg korg alami.

Jadi perlu ke makanan suppliments sewaktu mengandung ni?

Sejujurnya bagi ummi sendiri, perlu sangat, terutama kalau diet harian tidak lengkap.Apatah lagi kalau asyik muntah-muntah dan loya, minum susu tak boleh sebab tekak loya sangat, dan kalau berselera makan pun  akan pilih makanan yang sedap di tekak sahaja walaupun makanan tersebut tidak seimbang/ mencukupi khasiatanya. Dekat sinilah,peranan makanan tambahan (suppliments). Suppliments ni membantu ummi byk jugak dr segi kesihatan nak pergi kerja semasa mengandung.
 
Suppliments yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah 
(especially untuk wanita hamil 1st Trimester)
 
  • Vita Lea Iron Formula (Shaklee Multi Vitamin)
  • B Complex (lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk Acid Folid)
  • Vitamin C ( kandungan Vitamin C bagi setiap biji ialah 500mg)
  • Ostematrix ( Shaklee Calsium-Magnesium)



    Apabila kandungan dah mencecah 2nd Trimester, terutama selepas masuk 5-6 bulan, boleh tambah dengan 


    • Omega Guard




    • Suppliments lain yang mungkin boleh korang amalkan terutama jika SELALU LEMAH dan TIDAK BERTENAGA ialah :-





      • ESP ( Energizing Soy Protein) yang ni memang membantu sangat...beri tenaga masa bekerja
        Satu botol ESP ni boleh tahan 3 bulan tauu :)

        Memang berbaloi2.
         
        Ummi juga akan guide semua customer2 yang purchase dengan ummi SAHAJA :) Dan jangan risau, ummi  akan guide dan ajar jugak cara2 makan yang betul set vitamin ni.


Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

  Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Shawl atau halfmoon??????

Assalamualaikum...salam jumaat pengunjung blog ummi..ummi doakan semua sihat dan panjang umur..Insyaallah...

tetiba dan- dan nak pegi rehat plak terasa nk tulis entry ni. ya la, dok pikir nk g rehat kat mn tapi tak dpt2 jawapan..teringat plak kat Realhijab....tp kat Jalan TAR plak..malas nya nk kuar..panas2 ni..maklum la arini kan rehat lama, so terasa nk pegi Realhijab...nak cari Shawl ke halfmoon eh????

tapi kemalasan nk berjalan2 tu lagi kuat..huhuhuh and memikir juga lah bajet...setiap minggu shopping mau botak en. hubby..so, keputusan nya???????

stay and makan kat opis jek la...hihihihi
tapi kalau korang nak tgk2 atau window shopping shawl atau halfmoon, blh la ke Realhijab...mmg cantik semua shawl kat sana..rambang mata ummi nk pilih...

takpun u ollsss blh cuci mata kat sini https://www.facebook.com/realhijab89?ref=stream and order online pun boleyyyyyy.....

antara shawl yg ada kat Realhijab...cantik tak???


 
 

Banyak lg tapi korg boleh tgk sendiri la...rambang mata wehhh:-p

Jom Rehat dulu..makan2,,,tido2...hihih

Istimewanya hari Jumaat

Salam Jumaat pengikut blog ummi yang dikasihi....sayang korang:-)

 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
 @ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

AMALAN BAIK DI WAKTU PAGI

Kalau kita terjaga dari tidur di waktu pagi, apa yang hendak kita buat? Bagi seorang Islam kita ada adab yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Beberapa perkara yang seharusnya kita jadikan amalan apabila bangun dari tidur adalah seperti berikut:
 

 

Menyapu muka Perbuatan ini memang menjadi amalan Rasulullah SAW tatkala bangun pagi berdasarkan satu hadith yang bermaksud:
“Rasulullah bangun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.”(Riwayat Muslim)


Berdoa Salah satu sebab kenapa kita perlu berdoa sebaik sahaja bangun dari tidur adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT.

Bersugi (Memberus Gigi) Setelah berdoa dan menyapu muka, bolehlah kita bersugi atau menggosok gigi.
Hal ini boleh dirujuk dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila Rasulullah s.a.w bangun daripada tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan bersugi.” (Muttafaq ‘alaih)


Membasuh kedua-dua belah tangan Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya membasuh kedua-dua belah tangan di waktu pagi kerana semasa tidur, kita tidak tahu ke mana tangan kita berada ( roh kita berjalan ketika kita tidur)
Perkara ini dinyatakan dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur.”(Mutaffaq ‘alaih) -


Beristinthar Perkataan Beristinthar bermaksud perbuatan memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskan kembali .
Rasulullah SAW menyuruh kita beristinthar di waktu pagi kerana syaitan suka bermalam di batang hidung.
Boleh rujuk maksud hadith di bawah ini.
Rasulullah S A W bersabda yang bermaksud : “apabila seorang antara kalian bangun tidur, maka berwuduklah dan kemudian beristintharlah sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya.” (Riwayat al-Bukhari)


Selain 5 amalan yang dinyatakan di atas, kita digalakkan :
1. memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT
2. berzikir.
3. Tunaikan solat berjemaah sama ada di rumah ataupun di masjid. Sebaik-baiknya berjemaah di masjid.
4. Selepas solat Subuh, kita juga digalakkan membaca Al-Mathurat. Al-Mathurat adalah himpunan doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang di susun oleh Hassan Al-Banna.
Kemudian, cari sedikit masa untuk melakukan solat Dhuha.


Marilah kita beramal dengan Amalan Baik Di Waktu Pagi. Amalan yang ringkas tetapi ikhlas dan istiqamah agar diiktiraf oleh Allah SWT.

Amalan yang paling disukai di sisi Allah Taala ialah sesiapa yang melakukan amalan itu secara berterusan sekalipun sedikit.” (Riwayat Muslim).

SELAMAT BERAMAL:-)

Thursday 29 May 2014

Disahkan hamil 5 weeks selepas consume ESP SHAKLEE

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, ada juga mood nak menulis entry arini.Syukur,,maklum la bl nak start tu rs mcm xder mood tp bila dah start tulis entry, nak benti susah lor plak. Mood yg sgt indah,,wow!!!
 
Rest for lunch, amik ms jap blog walking..terbaca la satu blog ni yg menarik mata ummi and mindaku focus tuk baca..DISAHKAN HAMIL???? Lps 5 weeks amik ESP SHAKLEE...Menarik, tertarik dan mmg berbaloi kan??? Ya la ESP bape hinggit sgt klu nak dibandingkan ngn hasil yg korg dapat...Pregnant tu korg,,,sgt- sgt teruja:-)
 
Testimoni daripada customer shaklee tuan punyer blog yg ummi baca tadi, yang mana sebelum ni dia ada order dan beli ESP. Baru kawen tp xnak amek SET KESUBURAN dulu coz baru kawen, maybe nak honeymoon dl, tp Allah dah kata rezeki korg, pasti akan dapat kat korg la...5 weeks amik ESP doctor sahkan mengandung...Alhamdulillah..
 
ok jap, tapi korg jangan konfius tauu, ESP ni bukan untuk perempuan nak hamil, perempuan sedang hamil je. Tapi.......... semuaaa pon boleh cuba x kira perempuan atau lelaki, yang anak dara lagi bagus try ESP ni lagi-lagi yang nak kawen tu, orang tua, dan even kanak-kanak pon boleh. 


Ok bagi yang tak tau lagi, 1 botol ESP ni tersangatlah berbaloi kalau beli, sebab:-
 
1 botol ESP biasa tahan 2-3 bulan. Tahan 2 bulan (average)
Kalau diminum 3x sehari..2 bulan = 180 kali minum
(1 sudu yang standard tu sekali bancuh)

Dan ada pulak, testimoni daripada sorg customer yang mana dia sekarang sedang mengandung dan amalkan product from Shaklee jugak iaitu ESP. Alahan sampai kandungan 4 bulan dan lepas tu try ESP dan badan rasa lebih bertenaga. So, yang mana sedang hamil sekarang tetapi tengah loya-loya, cepat letih, morning sickness yang teruk, takde tenaga, nak buat kerja pon x larat, cepat...kita sugggestkan consume ESP dan others product yang sesuai :)

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

  Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Wednesday 28 May 2014

Prince Wafiq dah besar..

Alhamdulillah..tanggal 28 May 2015..prince ummi dah cecah umur setahun..HAPPY BEFDAY MUHAMMAD FARISH WAFIQ BIN MOHD FARID a.k.a Prince Wafiq....


jap jek masa berlalu,..pejam celik pejam celik dah besar. Trima kasih Ya Allah kerana anugerah kan aku anak yg sihat, comel, baik dan soleh..memang soleh anak ummi ni, dah pandai sujud dah bila abah dan ummi solat...Alhamdulillah..sejuk perut ummi kandungkan prince wafiq ni..

Bila ingatkan setahun yg lepas, mmg teringin berulang kembali..ceewaaahhhh..ya la, 9 bulan kandungkan prince wafiq, sikit pun xder alahan. semua jenis makanan ummi telan..tapi yg penting cik Shaklee tak pernah miss..masa nak lahirkan prince ummi ni pun tak byk masalah..

flashback>>>>>>
jam 7 pagi...dan- dan bangun dari tido, air ketuban pecah. nasib baik en. hubby tak g opis lagi, kalau tak naye nak patah balik dr putrajaya ke sungai besi...macam tu upanya rasa air ketuban pecah..macam paip bomba melimpah..

kalut punyer la en. hubby, maklum la 1st time katakan.tak tau nk capai apo dah, nasib baik pakaian ummi dan baby dah siap2 prepare dlm keta. punyer la kalut, kita pulak yg suh dia relax..hihihih  pas mandi manda:-p..trus p hospital Ampang..jalan elok  jek..sebab tak sakit. nasib juga tak sakit, kalau dan- dan masa tu sakit, jenuh en. hubby nak kendong..maklum la org pregnant ni besau mana kan??? en. hubby plak keding semacam...alahai..syukur Allah mudahkan segalanya...

Sampai hospital Ampang, melenggang jek masuk pagar. en. hubby plak suh kita cepat. takut terberanak masa berjalan. hadoiiiii punyer la kalut abah si wafiq ni...hoke, jumpa nurse cek cm dah buka 2cm..still tak sakit. cek punyer cek, nk masuk ward...ward penuh la plak..tggu la dl..xper kita tak sakit...hihihihih

dalam kul 11 pagi baru masuk wad, en. hubby balik bli barang yg tertinggal. jam 11.30 sakit dah datang 5 minit skali..tak tahan sangat, inform nurse and cek cm, dah terbuka 4cm...salin lor baju anto labour room...

dan- dan en. hubby sampai hospital, prince wafiq dah tak sabar nak kuar. baru 4cm kot, tp dah tak tahan sakit and dah rasa si wafiq nak kuar, teran jek la...nurse pun terkejut camno boleh kuar baby ni baru 4cm kot terbuka...xper la brape cm pun, yg penting selamat.

Alhamdulillah, semua selamat, punyer la abah wafiq sonok jadi ayah...ummi pun happy dah jadi omak..hihihihi



Tips: Amalkan amik supplement semasa pregnant, Insyaallah badan mommy sihat, anak dlm kandungan pun baik- baik ajer....heheheh

Ni lah rahsia mudah ummi bersalin....dan ditambah pula dengan doa dan izin dari Allah...Alhamdulillah






 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
 @ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Mencari supplement TERBAIK utk WANITA???

Pening??nak pilih mana satu???

Alhamdulillah, Allah masih lg bagi nafas utk ummi tulis entry arini. Maklum la kalau niat ikhlas, Allah akan bantu.Insyaallah..Apa kabar pembaca-pembaca blog ummi ni??moga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah..tanpa rahmatNYA siapa laa kita kan..entry kali ni ummi nak kongsi berkenaan supplement asas utk wanita..Maklumla kebanyakan wanita sekarang - sama ada anda bujang, pelajar, dah berkahwin, dah bergelar ibu, atau ibu bekerjaya, anda layak mendapat kan yang terbaik utk pastikan anda sentiasa sihat dan cergas..bila sihat, maka secara tak langsung, kecantikan dan awet muda pun sedikit sebanyak menyerlah dari dalaman kan..

wanita amat terdedah kepada masalah kesihatan dalam melalui pelbagai peringkat kehidupan, antaranya :
  • akil baligh
  • pra-kehamilan
  • kehamilan
  • pra-menopaus
  • menopaus
  • selepas menopaus
 secara ringkasnya, 3 supplement asas utk wanita (Women's Health Programme) :
(sumber : Shaklee dan mama cery)




1) Omega guard 
  • menggalakan pertumbuhan mental dan menguatkan memori
  • mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah
  • mengurangkan risiko kanser payudara, prostat dan usus
  • mengurangkan radang sendi
  • mencegah penyakit jantung 
  • mengawal kandungan kolestrol - melegakan kesakitan sendi dan arthritis
  • meningkatkan kualiti penglihatan
  • melegakan eczema
  • membantu mengawal berat badan



2) Ostematrix / kalsium
  • Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.
  OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium




3) GLA complex 
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
secara ringkasnya, Kebaikan set di atas termasuklah:
  • membantu melegakan simptom senggugut
  • menggalakann kulit yg cantik
  • menggalakkan tulang yg kuat
  • membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • melegakan sakit2 sendi
SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

  Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...