Apa perasaan anda tatkala disahkan hamil?
Sebaik disahkan hamil, kebiasaannya anda akan diselubungi 1001 persoalan tentang suka duka kehamilan. Bersama Dr.Mohamad Rafi dari Hospital UMRA, Shah Alam untuk mendapatkan jawapannya.
Mama:
Benarkah vitamin ibu mengandung seperti Obimin boleh menyebabkan kandungan besar sekali gus menyukarkan kelahiran?
Dr. Rafi:
Tidak sesekali. Vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambahkan tahap darah merah ibu bukannya untuk membesarkan bayi. Sekiranya ibu kurang darah dan kelihatan pucat, pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh berlaku dan ia membahayakan. Bayi yang besar banyak bergantung kepada baka atau adakalanya ibu menghidap diabetes.
Mama:
Apa penyelesaian terbaik jika waktu hamil tahap HB tetap rendah?
Dr. Rafi:
Biasanya kalau ibu nampak terlalu pucat sebelum bersalin, doktor akan memasukkan darah. Ini terpaksa dilakukan jika tahap HB tetap rendah walaupun sudah ambil supplemen dan makanan yang boleh menambahkan darah.
Mama:
Bolehkah bersalin normal jika sebelum itu pernah melahirkan secara caesarean?
Dr. Rafi:
Boleh sekiranya ibu hanya pernah sekali melalui kelahiran caesarean. Jika sudah dua kali caesarean, memang tidak dibenarkan langsung. Kebanyakan kelahiran normal berjaya selepas caesarean berjaya bergantung kepada sebab ibu perlu melalui kelahiran caesarean sebelum ini. Mungkin tulang punggung sempit, peluang untuk bayi keluar susah. Jika uri bawah atau masalah songsang boleh berjaya tetapi ada risiko tertentu. Kalau mahu cuba bersalin normal, perlu diketahui dalam 200 wanita, seorang daripada berisiko mengalami pecah rahim.
Mama:
Apakah teknik meneran yang betul?
Dr. Rafi:
Cara setiap wanita meneran adalah berbeza. Apa yang paling, ibu perlu meneran seperti hendak membuang air besar. Ramai yang meneran sehingga muka merah. Apatah lagi kalau menjerit. Ibu tidak boleh meneran. Itu salah! Setiap kali meneran, kepala perlu menunduk sedikit. Tarik nafas dan tahan nafas seperti hendak membuang air besar.
Mama:
Benarkah banyak berjalan sebelum melahirkan akan memudahkan proses bersalin?
Dr. Rafi:
Ya dan tidak. Banyak berjalan sebenarnya dapat merangsang otot menjadi lebih kuat. Jika hanya berbaring tanpa melakukan aktiviti fizikal, ia menyukarkan proses kelahiran kerana otot lemah. Selain berjalan, aktiviti fizikal yang biasa dilakukan setiap hari sudah memadai. Yang penting, jangan melakukan aktiviti yang boleh mencederakan diri sendiri.
Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui kontraksi yang sebenar?
Dr. Rafi:
Kontraksi biasanya sakit dan akan bertambah kekerapannya. Manakala kontraksi palsu tidak sakit dan kekerapannya sama atau stabil. Doktor dapat mengesan kontraksi dengan menggunakan mesin CTG atau melalui ujian faraj. Jika ibu sakit dan tidak senang hati, lebih selamat jumpa doktor daripada buat keputusan sendiri.
Mama:
Bolehkah demam panas yang dialami ibu memberi kesan kepada bayi yang dikandung?
Dr. Rafi:
Jika demam terlalu panas, adakalanya boleh menjejaskan bayi tetapi biasanya tidak memberi masalah besar.
Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui ubat yang diambil ketika mengalami demam, batuk, selesema atau sakit ringan yang lain selamat dan tidak menjejaskan bayi?
Dr. Rafi:
Kebanyakan ubat selamat (99 %). Jika ibu demam dan tidak mahu makan ubat, ia lebih memudaratkan daripada makan ubat untuk meredakan demam. Demikian juga halnya dengan ubat batuk dan selesema. Malah, kebanyakan antibiotik selamat. Hanya ada sebilangan kecil sahaja tidak boleh dimakan oleh ibu hamil.
Mama:
Sewaktu hamil, terasa sakit di bahagian tertentu tetapi apabila berjumpa doktor pakar, beliau mengatakan tiada apa-apa. Apa cara untuk mengetahui kesakitan yang dialami serius atau sebaliknya?
Dr. Rafi:
Kebanyakan doktor hanya risau dengan sakit yang diadu ibu akibat kontraksi pra matang dan kencing kotor. Kedua-duanya adalah sakit yang paling kerap ditemui. Selebihnya ialah sakit yang disebabkan oleh batu karang, apendiks dan hal-hal yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ada juga yang mengadu sakit belakang. Ini disebabkan oleh tulang belakang menjadi bengkok kerana pembesaran rahim. Ligamen yang menegang juga boleh menyebabkan sakit. Biasanya sakit sebegini tidak merbahaya tetapi ada baiknya jika dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
Mama:
Bolehkah mengambil supplemen herba dan hemopati selain daripada ubat yang dibekalkan doktor?
Dr. Rafi:
Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan kenyataan bahawa sesetengah ubat herba dan hemopati boleh membahayakan ibu. Ini kerana ada bukti yang menunjukkan ada kesan buruk selepas pengambilan ubat herba dan hemopati tertentu.
Mama:
Kebanyakan makanan perlu diambil secara sederhana. Bagaimana untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan itu sudah lebih daripada mencukupi terutamanya kopi, minuman berkarbonat dan makanan yang boleh mendatangkan mudarat kalau diambil berlebihan?
Dr. Rafi:
Setiap makanan memang perlu diambil secara sederhana. Sesetengah makanan seperti sayur-sayuran jika diambil berlebihan, tidak akan mendatangkan masalah. Apa yang menjadi masalah ialah jika ibu menghidap diabetes dan menambah terlalu banyak karbohidrat dan manisan, ia boleh menjejaskan kesihatan diri dan bayi. Ada kajian yang membuktikan jika ibu mengambil kopi lebih daripada sembilan gelas sehari sepanjang sembilan bulan kehamilan boleh memudaratkan. Namun, jarang sekali ibu mengandung minum kopi dalam jumlah sebegini banyak setiap hari sepanjang hamil. Jadi, jika diambil dalam jumlah yang sedikit, tiada apa-apa masalah. Apa yang penting ialah bersederhana.
Mama:
Benarkah dengan minum air soya kulit anak cerah dan jika minum air kopi anak akan berkulit gelap. Apa kaitan pemakanan dengan warna kulit anak?
Dr. Rafi:
Cerah atau gelap anak itu bergantung kepada bakanya. Tiada ubat atau makanan yang boleh buat bayi yang dikandung cerah atau gelap.
Mama:
Berapa banyak kalori yang perlu ditambah sepanjang hamil terutamanya di awal kehamilan. Apa panduan untuk mengawal pemakanan dan berat badan semasa mengandung?
Dr. Rafi:
Waktu mengandung jangan makan untuk “berdua”. Elak daripada menambah terlalu banyak berat badan. Kenaikan berat badan perlu ikut jumlah yang telah ditetapkan bagi setiap bulan kehamilan. Jika kenaikan terlalu banyak, akan ada masalah seperti ibu mungkin menghidap diabetes. Ibu juga mungkin susah meneran kerana ruang untuk bayi keluar kurang.
Jadi, ibu perlu mengawal pemakanan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan mengurangkan manis-manisan dan karbohidrat yang menjadi punca kenaikan berat badan.
Mama:
Benarkah morning sickness hanya berlaku di waktu pagi sahaja. Dan mengapa tidak semua wanita mengalaminya?
Dr. Rafi:
Morning sickness adalah alahan yang disebabkan oleh hormon ibu mengandung. Jadi, ia tidak semestinya terjadi pada waktu pagi sahaja. Kebanyakan wanita akan mengalami alahan ini mulai awal mengandung sehingga maksima minggu ke-10 dan sepatutnya minggu ke-14 sudah tiada lagi masalah ini. Namun, ada juga yang mengalaminya sehingga hari kelahiran. Memandangkan ia sejenis alahan, jadi tidak semua wanita mengalami masalah ini.
Mama:
Apa kaitan kalsium dengan kekejangan terutamanya di akhir kehamilan?
Dr. Rafi:
Fungsi kalsium dalam mengatasi kekejangan tidak dapat dibuktikan 100 % tetapi kebanyakan ibu yang mengalami kekejangan akan bertambah baik setelah mengambil suuplemen kalsium yang mencukupi.
Mama:
Betulkah sewaktu mengandung tidak boleh cabut gigi?
Dr. Rafi:
Sebagai doktor, saya galakkan setiap wanita kerap periksa gigi dan jika ada apa-apa masalah sebaiknya masalah itu diatasi sebelum mengandung tetapi jika kebetulan sudah mengandung, ada baiknya cabut gigi berkenaan segera daripada menunggu sehingga hampir waktu bersalin. Ditegaskan! Tiada apa-apa masalah jika ibu mengandung mencabut giginya sewaktu hamil.
Mama:
Apakah yang menyebabkan bayi menghidap jaundis selepas kelahiran?
Dr. Rafi:
Penyebab jaundis tidak dapat dipastikan 100%. Namun, jamu dipercayai dapat memburukkan lagi jaundis. Bagi ibu yang memiliki anak menghidap jaundis selepas lahir dinasihatkan agar tidak memberikan susu kambing bagi menurunkan paras jaundis. Ini kerana susu lembu yang sudah diproses untuk bayi pun tidak digalakkan untuk diberi kepada bayi, ini kan pula susu kambing segar. Bayi mungkin boleh dapat alahan yang teruk dan ususnya berbelit. Masa kini ramai bayi terkena jaundis berbanding dahulu. Ini mungkin disebabkan oleh pencemaran alam dan makanan yang banyak tercemar dengan bahan kimia.
kredit: pama.karangkraft.com
mommy2 & mommy to be yg nak dptkan tips2, nasihat, cara, bagaimana berkenaan set kehamilan shaklee boleh pm ummi yea.. ummi sedia berkongsi pengalaman kehamilan ummi bersama anda!
mommy2 & mommy to be yg nak dptkan tips2, nasihat, cara, bagaimana nak breastfeeding, buat stok ebm, vitamin untuk milk booster dan berkongsi pengalaman dengan ummi, boleh pm ...ummi sedia membantu... mmg ummi suka sgt bila lihat kawan2 ramai terbuka niat nak menyusukan bayi sendiri... susu ibu hak mutlak anak kita! :)
TQ for purchase....Please Come Again!! **
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**
Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang
Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama