Friday, 2 May 2014

Masa itu NYAWA (Part 8)

TUJUAN HIDUP ASAS PENGURUSAN MASA

Menguruskan masa dengan baik, bermula dengan penetapan tujuan hidup. Apa tujuan hidup kita? Ini adalah persoalan asas yang mesti diselesaikan sebelum menguruskan masa. Ya, seperti yang ditegaskan pada awal-awal lagi, tujuan hidup kita adalah untuk menjadi hamba Allah dan khalifah. Untuk mencapai tujuan ini seluruh aktiviti kita hendaklah sentiasa tertakluk kepada hukum Allah.

Tegasnya, kita akan buat perkara yang wajib, halal, harus dan sunat. Manakala yang haram dan makruh kita akan tinggalkan. Begitu juga dengan perkara yang sia-sia atau “lagha”, juga kita tinggalkan. Oleh itu, jika hidup diatur mengikut syariat, maka secara automatik masa kita akan dihabiskan untuk membuat perkara yang baik, benar dan betul yakni yang halal, harus dan sunat.

Malah kita juga dituntut untuk memilih antara dua perkara yang boleh dilakukan mana yang lebih utama? Misalnya, bila bertembung antara mengerjakan umrah dengan membantu orang yang susah, maka lebih utama kita dahulukan membantu orang yang susah.



Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Thursday, 1 May 2014

Tips Cepat Hamil

Salam sayang...  ramai pengunjung yg dtg ke blog ummi dan ada juga yg wassap bertanyakan ttg set kesuburan shaklee, ye mmg shaklee menyediakan set kesuburan yg dapat mempertingkat peluang untuk hamil tp ummi tidak dpt beri jaminan yg supplemen ini dapat membuatkan anda terus hamil, apa yg ummi boleh katakan walaupun mgkn sukar untuk sesetengah pasangan supaya bersabar dan tidak stress dalam memikirkan soal anak sbb bila kita makin stress peluang tu jd semakin tipis dan supplemen hanya membantu untuk menyihatkan sel2 dalaman badan anda.

Arini ummi just nak share tentang tips2 untuk hamil. Insyaallah kalau Allah ckp ada rezeki, maka ikhtiar dan usaha anda akan berbayar. Berikut ini tips-tips yang membantu mempercepat kehamilan. Dari 5 tips cepat hamil yang dijelaskan di bawah, khusus bagi anda dan pasangan yang sampai saat ini masih berusaha untuk memperolehi keturunan diharapkan dapat m
embantu memberikan gambaran umum.


Tips-tips cepat hamil itu adalah sebagai berikut:

1. Memeriksa Kesuburan Anda










Faktor utama dan terpenting dalam tips cepat hamil ini adalah kesuburan, tidak hanya pihak isteri namun pihak suami juga hendaknya memeriksakan kesuburannya. Ada baiknya selain keadaan  kesuburan anda dan pasangan juga perlu memeriksa keadaan kesihatan masing-masing supaya memperolehi laporan kesihatan yang lengkap mengenai keadaan kesihatan anda berdua. Sangat disarankan bila memiliki gangguan kesIhatan, maka anda dan pasangan hendaklah merawatnya terlebih dahulu. Kerana????? masalah kesihatan juga adalah salah satu gangguan kesuburan.

2. Kenali Masa Subur


                                                         



mengenali dengan baik kitaran haid  isteri. Sebab kitaran tersebut sangat penting untuk menghitung masa subur sebagai waktu yang tepat melakukan hubungan suami-isteri untuk memperbesar kemungkinan biar cepat hamil. Di dalam masa-masa subur seperti itu sel telur sudah matang dan bersedia untuk disenyawakan oleh sel sperma, kerana masa tersebut adalah ketika Luteinizing Hormone mendorong sel telur ke dalam tuba falopio tempat dimana terjadinya proses persenyawaan.

Pentingnya mengetahui masa subur tersebut kerana keberadaan sel telur di dalam tuba falopio hanya sekitar 3-4 hari, tetapi waktu sebenarnya sebelum sel tersebut mati cuma 2 hari saja.



3. Posisi Ketika Berhubungan Suami Isteri

                                     



Perlu Anda ketahui ada posisi tertentu ketika melakukan hubungan seksual dengan pasangan yang dapat mengoptimalkan kemungkinan biar cepat hamil. Salah satu tips cepat hamil dengan mengganjal pinggul istri dengan bantal supaya sedikit terangkat sehingga dapat menampung sperma dan masuk pada bahagian serviks secara optimal. Sangat disarankan pula sesaat setelah bercinta isteri tetap terbaring di tempat tidur antara 15-20 minit untuk membantu proses jalannya sperma ke dalam rahim isteri. 



4 Makanan dan Vitamin



 

Untuk lebih mengoptimalkan tips cepat hamil ini, Anda juga perlu mengkonsumsi makanan dengan gizi seimbang dan vitamin yang sebaiknya dilakukan oleh kedua belah pihak baik istri maupun suami. Sebagai contoh adalah vitamin C yang baik untuk meningkatkan kesuburan sperma pada suami.

Vitamin E juga baik bagi kesuburan suami dan isteri dengan mengkonsumsi sebanyak 1000 mg atau 10 mcg. Kemudian untuk isteri akan semakin baik apabila mengkonsumsi makanan yang mengandungi asid folic, kerana telah terbukti meningkatkan kesuburan dan kemungkinan supaya cepat hamil. Asid folic ini boleh diperoleh pada jenis makanan sayuran hijau, buah-buahan, kacang-kacangan dan telur.



5. Perluas Pengetahuan tentang Tips Cepat Hamil



 

 
Untuk melengkapi tips cepat hamil, sebagai pasangan suami istri yang sangat merindukan buah hati, hendaknya anda dan pasangan mengenali ilmu tentang kehamilan walaupun secara umum. Contohnya adalah mengetahui bagaimana kondisi serviks pada masa subur, berapa lama kesuburan itu bertahan, berapa jumlah sel sperma yang baik untuk membuahi sel telur dan lain sebagainya.
 
So, bagi yang masihmencari jalan untuk hamil, cubalah tips yang ummi kongsikan ini, mana tau anda mendapat manfaat nya..Yang penting doa dan ikhtiar, Insyaallah...

 
Cadangan supplement untuk kesuburan...anda mampu berusaha



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Happy Labor Day

Assalamualaikum, Alhamdulillah dapat rest sepuasnya arini. Maklum ler arini kan Cuti Umum>>> Hari Pekerja. Kalau dah kerja kat opis tu, kompom2 la dpt cuti arini....sempat la celoteh sikit sblm continue planning nak ke mana cuti2 ni... Dah puas plak rasa keje ngn orang, hadap jem pepagi,,,,kalau duk umah kan best..lagi best jadi WAHM sbb surirumah sepenuh masa dgn gaji lumayan...sape tak nak kan????




Hoke, taknak la melalut lebih2, tujuan ummi just nak ucap SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA....utk sume rakyat Malaysia...and tak lupa Happy Birhtday kat ummi nyer sister...Happy Birthday to Shafarina Abdullah.



Selamat Bergumbira ya.....Masa utk luangkan sepenuhnya kpd Chenta ati En. Hubby and Prince Wafiq......

Tak lupa sblm kuar umah, amik supplement utk segarkan badan agar sentiasa bertenaga dan fresh sepanjang hari..Elakkan diri anda diselubungi lesu dan stress:-)

JOM!!!!!!!!!!!!!!! Ikut ummi, sblm memulakan sesuatu perkara amalkan pengambilan ESP, dan B COMPLEX untuk sihat bertenaga

 










** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**





Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
 @ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Masa itu NYAWA (Part 7)

ANCAMAN MASA



Namun, ganjaran selalu datang beriringan dengan ancaman. Bagi mereka yang bertangguh-tangguh, ada hadis “mengancam”. Antaranya, Rasulullah SAW bersabda:

” Barang siapa yang telah mencapai umur 40 tahun tetapi kejahatannya masih mengatasi kebaikannya maka bersiap-siaplah masuk ke neraka.”

Hadis tersebut bukan bererti “menutup pintu taubat sebelum masanya”, tetapi hanyalah ancaman buat mereka yang tidak menghargai nyawa (masa).

Seseorang ‘Asi (pendosa) yang telah melangkaui usia 40 tahun, dikira sudah liat dan keras untuk membuat “pusingan U” dalam hidupnya. Nafsunya telah begitu buas untuk dijinakkan walaupun mungkin sudah kehilangan tenaga untuk melakukan kejahatan. Jadi, berhati-hati sebaik mencapai usia akil baligh (sekitar 15 tahun bagi lelaki dan lebih awal daripada itu bagi seorang wanita), wisel “perlumbaan” menuju Tuhan telah pun ditiup. Larian menuju Allah telah pun dimulakan.

Pukul rata umat nabi Muhammad SAW ialah sekitar 63 tahun (mengikut satu hadis). Justeru, bolehlah dikatakan umur 40 tahun ialah tempoh seorang mencapai tahap “kelelahan” dalam perlumbaan itu. Sedangkan menurut psikologi Barat, ‘hidup bermula pada umur 40 tahun – Life begin at forty.”

Jadi kita di mana? Apakah kita rasa umur 40 tahun itu telah “di hujung” atau masih baru bermula? Ramai juga yang terpengaruh dengan fahaman Barat hingga tergamak mengatakan, masa muda tidak mengapa “terbuat” jahat, nanti tua baru bertaubat? Pada hal menurut Imam Ghazali, kejahatan itu tumbuh dalam diri manusia umpama akar sepohon kayu,yang semakin lama dibiarkan semakin kukuh ia mencengkam. Kalau hendak “mencabut” kejahatan daripada seseorang, cabutlah pada usia mudanya kerana bila sudah tua akar kejahatan itu sudah mencengkam dan sukar untuk diungkai!

Di padang Mahsyar nanti, antara satu soalan daripada empat soalan yang Allah akan tanya ialah, “ke mana umur muda mu dihabiskan?”. Tuhan tidak bertanyakan umur tua. Ini menunjukkan betapa bernilainya masa muda berbanding tua. Sehubungan dengan itu Nabi Muhammad SAW juga telah mengingatkan dalam sebuah hadisnya:

“Pergunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat, sebelum sakit. Masa muda sebelum tua. Masa lapang sebelum sibuk. Masa kaya sebelum miskin. Masa hidup sebelum mati. “

Jika kita benar-benar sedar hakikat ini, seharusnya, tidak timbul soal bertangguh, membuang masa dan membazir waktu dalam kehidupan

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

  Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...