AINUL MARDHIAH
Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang
paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam
bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita
semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah)
Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian
tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang
paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.
Mendengar
berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin
sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau
malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat
yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang
yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar
(disebut juga sebagai Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga
turut tidur bersama jemaah tadi.
Dalam tidur tersebut Sahabat
yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia
bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik
dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, “Di manakah saya berada
sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ” inilah Syurga.”
Pemuda
tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah, lalu
dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga
bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita
yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia
ini.
Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?
Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgah sana sana”.
Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di
sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya
berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai.
Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”
Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya
khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai
sana.” Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu,
kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai
dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang
pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang
tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul
Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk
saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu
dulu, saudara belum syahid lagi!”.
Pemuda itu tersentak dan
terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya
kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak
menceritakanmimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah
boleh diceritakan kepada Nabi SAW.
Petang itu pemuda itu ikut
serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam,
ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua
jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk
berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati
Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi.
Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita
tersebut.
Akhirnya Rasululah SAW berkata ” Memang benar cerita
sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka
puasa di Syurga….
No comments:
Post a Comment