Monday 20 January 2014

Apa Yang Perlu Ada Dalam Diet Bayi Dari Umur 6 bulan dan Keatas

<<<<PEMAKANAN YANG SEIMBANG>>>>

Salam sayang korg yg setia menjelajah blog kita ni. Arini nak share serba sedikit pasal DIET. Selalunya kalau DIET mesti org dewasa jek kan nak berdiet. Tapi kali ni kita nak kongsi story DIET bagi kanak- kanak atau bayi 6 bulan dan ke atas. Ya la, anak- anak kita pn perlu diet juga, tapi diet yg sihat hoke.



Kita pn perlu tekankan benda ni tuk diri sendiri coz anak still 7 bulan so, mmg xleh pandang remeh sebab dgn pemakanan hari ini la akan membentuk anak- anak yg sempurna pada masa akan datang, kan3?? Tak gitu ibu- ibu.
So, meh kita lihat sikit apa yg perlu ada dlm diet anak- anak kita yg berumur 6 bulan dan ke atas. Dalam makanan mereka mestilah mengandungi:-




- karbohidrat 
Ia penting untuk membekalkan tenaga dan penting untuk tumbesaran yang sihat. Mereka memerlukan karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas.
* Contoh karbohidrat kompleks: kentang, pasta, nasi, roti, bijirin penuh, pisang
* Contoh karbohidrat ringkas: gula semulajadi (daripada buah dan sayuran), gula yang ditapis (biskut, coklat, kek)

- Protein 
Untuk membina dan memperbaiki sel-sel tisu tubuh. Sumber protein boleh didapati daripada sayuran haiwan dan sayuran
*contoh protein haiwan: daging, ikan, ayam, telur dan produk tenusu seperti cheese, 
yoghurt dan susu
*contoh protein sayuran: kekacang dan bijian, lentil, roti, kacang kuda, kacang 
panggang

- Sumber vitamin
Penting untuk proses badan. Membantu tubuh menyerap makanan dan menggunakan vitamin secara optima untuk meningkatkan sistem imun. Boleh diperolehi dalam pelbagai sumber terutama dalam sayuran berdaun dan buah-buahan.

* Vitamin larut lemak - vitamin A, D, E dan K boleh disimpan oleh tubuh
* Vitamin larut air - vitamin B & vitamin C tidak boleh disimpan oleh tubuh. Jadi bayi perlu mengambil sumber vitamin-vitamin ini setiap hari.

- Sumber mineral
Tubuh memerlukan kira-kira mineral yang berbeza untuk membantu pelbagai proses tubuh. Mineral yang amat penting kepada mereka adalah zat besi dan kalsium. 

Mereka memerlukan banyak zat besi untuk tumbesaran dan pembinaan hemoglobin darah. 
* contoh sumber zat besi - daging merah, ayam, kuning telur, buah-buahan kering, roti bijirin penuh, minyak ikan dan bijirin yang diperkaya dengan zat besi.

Dan mereka juga amat memerlukan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat dan kuat
*contoh sumber kalsium - sayuran berdaun hijau, avocado, biji gajus dan kacang brazil

- Lemak
Untuk bayi. Lemak sangat penting sebagai sumber tenaga dan penting untuk pembangunan otak dan sistem saraf yang sihat
* Contoh sumber lemak tepu yang bagus - daging, produk daging, dan produk tenusu 
* Contoh sumber lemak tak tepu yang bagus - minyak bunga matahari dan jagung

Walaubagaimanapun, lemak, gula, dan minyak seharusnya diberikan kepada bayi anda hanya dalam kuantiti yang kecil sahaja.

- Air
dua pertiga berat air bayi adalah dari air dan merupakan bahagian penting pada keseluruhan sel-sel tubuh. Terutamanya apabila anda mula dalam fasa menceraikan susu badan dan mula memberikan makanan pejal, pemberian air putih kepada mereka adalah sangat penting. 
Bayi Umur 6 bulan ke atas juga memerlukan pemakanan yang seimbang seperti orang dewasa. Hah, so ibu- ibu termasuk kita sendiri kenalah selalu alert pemakanan kanak- kanak yg baru nak mula merasa makanan ni kan. Kita perlu buat yg terbaik agar mendapat kesan yg baik kelak. Insyaallah.


Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Healthy Lifestyle
@ https://www.facebook.com/familylifestylenow?ref=hl
✐ Blog: http://healthylifestyleshaklee.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Putrajaya, Cheras, Rawang (Weekend Only)

Sharing & Caring bersama HEALTHY LIFESTYLE... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

No comments:

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...