Showing posts with label PANDUAN Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN Kehamilan. Show all posts

Sunday, 8 June 2014

Khasiat oat untuk ibu mengandung (hamil)

Salam mommies semoga berada dlm keadaan yg menyenangkan...arini ummi nak share khasiat oat untuk mommy2 yg hamil. Bagi mommies yg gemar makan oat masa pregnant, ia amat bagus utk anda dan bayi. Oat antara makanan yang berkhasiat untuk wanita mengandung.


 Antara khasiatnya : 
1. Sumber zat besi :
zat besi baik untuk pembentukan darah semasa mengandung.

2. Sumber asid folik :
Pengambilan asid folik di awal kehamilan boleh mencegah kecacatan pada bayi.

3. Mencegah masalah sembelit dan buasir :
Masalah sembelit sering dialami oleh ibu mengandung, pengambilan oat dapat melancarkan sitem penghadaman dan seterusnya mengurangkan/mengatasi masalah  sembelit.

4. Mengawal berat badan :
ibu mengandung yang mengalami masalah berat badan semasa mengandung oat baik untuk diamalkan kerana oat juga dapat mengurangkan berat badan.

Sumber :
http://www.livestrong.com/article/552809-oatmeal-for-pregnancy/
http://www.whattoexpect.com/pregnancy/eating-well/week-11/big-nutrition-small-packages.aspx
http://www.justmommies.com/articles/managing-gestational-diabetes.shtml

Sambil amalkan oat setiap pagi, mommy juga perlu pentingkan vitamin semasa mengandung. Kerana vitamin dapat membantu mommy lebih cergas dan bertenaga semasa proses kehamilan.




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Saturday, 24 May 2014

Petua Mudah Bersalin

Petua Memudahkan Bersalin

Setiap mommies yang pregnant pasti risau akan kandungan kan?? Namun yg paling risau juga adalah takut utk bersalin. Arini ummi nak bagi Petua dan Tips Mudah Bersalin. Tak salahkan mommy2 amalkan bagi persediaan utk keselamatan mommies dan babies:-)

Mommies boleh lah selalu :-


a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
c) Amalkan minum air lebihan suami.
d) Amalkan meminum air basuhan rambut atau hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat

f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri / minyak selusuh sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu.
Selain meminum air soya


Cubalah amalkan agar mommy2 sentiasa dilindungi:-) Insyaallah

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Wednesday, 21 May 2014

Akhlak Suami Isteri Ketika Mengandung

Sebagai suami , kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula dia sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

Akhlak Suami terhadap Isteri ketika hamil
 
- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

 
Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil
 
- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

 


So, bila dah amalkan petua atau tips2 sepanjang kehamilan, jgn lupa lak cari info atau tips untuk memudahkan proses bersalin nanti..Bnda2 gnila yg mmbtu kt dlm proses bersalin nanti..Ummi doakan semua selamat..Insyaallah
 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Tuesday, 20 May 2014

Pemakanan sihat ibu mengandung

Ibu Sihat, Anak Cerdas ..semua mommy daddy nak anak cerdas kan??? So, Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan.

Antaranya :

Telur – Kaya protein.
Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3
Kekacang – Tinggi serat dan protein.
Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat.
Bertih jagung atau sebarang biji-bijian – Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.
Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.
Yogurt – Sumber kalsium.
Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.


 
Selain tu, semasa dalam tempoh kehamilan juga, suami isteri kenalah mainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing yea..Time nie la kena tunjukan bukti cinta dan kasih sayang anda pada si dia..kan???




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

  Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Monday, 19 May 2014

Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung

Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung

Mommy2  sangat disarankan sentiasa mengamalkan surah2 al-quran ketika mengandung. Ini bertujuan utk memelihara kandungan agar sentiasa dlm keadaan yang baik dan sempurna. Surah2 yg disarankan adalah:-



- Surah AlFatihah dan ayat kursi
- Surah Yaasin
- Surah Taubat
- Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)
- Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna).
- Surah Luqman (utk anak2 yg mendengar kata & hormatkan ibu bapa)
- Surah An-Nahl ayat 78 
- Surah Al-’Araaf ayat 189

1 lagi ayat yg elok sgt2 utk diamalkan bg memudahkan bersalin insyaAllah.
Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu :

  لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ {87}
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)

Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
SURAH AL-ANBIYAK(21):87


 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**
'
Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

  Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Monday, 5 May 2014

B Complex Ibu Mengandung

Assalamualaikum..apa itu B- Complex????? Mommies kena tau sbb??? ia sgt penting utk mommies and daddies:-)

B- Complex adalah  kombinasi 8 vitamin B Penting yang diperlukan oleh badan kita. Kesemunya disatukan menjadi B-Complex.

8 vitamins: Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Acid (B5), Pyridoxine (B6), Cyanocobalamin (B12), Biotin (B7) and Folic Acid (B9) .

Secara umunya fungsi Vitamin-B
* membantu mengatasi kelesuan
* penting bg kesihatan mental, mencegah kekurungan, anti-stress
* membantu dlm pembinaan tenaga dari makanan
* gula, alkohol, pain killer, antibiotik & pil perancang meningkatkan keperluan vitamin B
* Perlu bagi urat saraf

Ianya perlu diganti setiap hari kerana ia mudah larut dalam air dan sukar disimpan dalam badan. Mudah termusnah oleh cahaya (matahari) maka perlu disimpan ditempat yang dingin. Elakkan gula yang tinggi (coca cola or air bergas).


Bagi ibu mengandung, B Complex ni sangat diperlukan kerana badam anda dan bayi dalam kandungan memerlukan vitamin yang ummi listkan di atas.

Bagi ummi, B Complex yang baik utk mommy2 adalah B- Complex daripada Shaklee kerana??? ummi sendiri telah rasa dan pengalaman yg ummi dapat mmg best..badan tak penat, selalu bertenaga dan cergas walaupun kerja kat pejabat dan melayan anak hingga malam..Alhamdulillah

meh kita tengok kelebihan B- Complex Shaklee utk ibu mengandung:

>> B- Complex membantu perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan
>> Membantu pembentukan sel- sel genetic
>> Membantu mencegah anemia dan darah rendah (HB low)
>> Membantu mommies supaya lebih bertenaga semasa hamil
>> Membantu agar emosi lebih stabil dan wajah berseri
>> Membantu elak stress

So, bagi ummi B- Complex Shaklee sangat sesuai utk mommy2 yang pregnant kerana ia banyak memberikan kebaikan dan manfaat kpd mommies...

 
Mampu bertahan sehingga 4 bulan>> pengambilan hanya: 1 biji sehari sahaja

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
 @ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Tuesday, 29 April 2014

Panduan Pemakanan Ibu Mengandung

Panduan pemakanan ibu mengandung sangat penting utk mommy2 yang pregnant. So, mommy2 tak boleh abaikan pemakanan yang sihat dan ia mesti lah diambil mengikut pyramid pemakanan yang betul.

Semasa mengandung, mommies bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
 
Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung???
 
Pernahkah mommy2 terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg



Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

So, nak tau lagi factor lain yang penting??? tggu next entry dari ummi....
 
 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Monday, 28 April 2014

Kepentingan Vitamin kpd Pregnant Mommies

Assalamualaikum, ummi doakan mommy2 semua berada dlm keadaan sihat dan bertenaga sepanjang hari...even perut dah semakin membesar tapi mommy2 sentiasa bertenaga dan berseri- seri...kan3...rahsianya???? mesti lah dgn pengamalan vitamin Shaklee setiap hari:-)

Ada ibu-ibu yang ingin mencuba vitamin Shaklee semasa mengandung namun masih risau dan tak tahu kebaikkannya. Di sini ummi kongsikan beberapa pengalaman ibu mengandung yang telah mengambil vitamin Shaklee.















Nutrien penting untuk ibu hamil:
Nutrien sangat penting utk mommy2 hamil..ummi sgt tekankan sbb tanpa nutrient badan mommy2 akan lesu dan tak bermaya. Dah kalau mommy pun tak bermaya..macam mana plak ngn bayi yang di kandung, kan???
Peranan Protein:
Protein diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi. Ia juga diperlukan oleh placenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelas sekali, kehamilan dan penyusuan ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi, haruslah mommy2 menambah sumber protein sihat dalam diet harian anda. 


Peranan Asid Folik/Folat:
Asid Folik penting untuk pembentukan otak dan saraf tunjang. Malah, ia menyumbang dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan sepanjang kehamilan dan dalam diet wanita yang masih subur.


Peranan Kalsium:
Kandungan kalsium yang mencukupi dalam diet mommy membantu bayi untuk mendapat tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kalsium untuk keperluan tubuh mommy2 . Di samping itu, khasiat kalsium sangat luas termasuklah menghalang kekejangan otot yang sering dialami ketika hamil dan kontraksi di saat melahirkan. 


Peranan Asid Lemak Omega 3
Juga dikenali sebagai DHA diperlukan untuk pembinaan otak dan retina. Ikan salmon dan ikan tenggiri mengandungi tinggi DHA tetapi tidak digalakan diambil lebih dari 2 kali seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi supplemen omega 3 adalah altenatif terbaik. 
Vitamin Shaklee apa yang sesuai untuk diambil oleh ibu mengandung?

Vitamin Shaklee yang disyorkan untuk ibu hamil mengikut peringkat kehamilan:

1) Untuk ibu hamil trimester 1 (0-14 minggu)



B Complex 
♥ mengandungi kesemua 8 vitamin B
♥ diformulakan dengan sistem penyerapan bioaktif untuk penyerapan yang lebih baik
♥ Dilengkapi dengan asid folik yang sangat mudah diserap tubuh 

Vitamin C 
♥ tinggi anti oksida untuk melawan radikal bebas dari pencemaran dan proses normal tubuh
♥ menguatkan antibodi untuk melawan penyakit 


Vitalea 
♥ multivitamin terbaik dengan formula zat besi yang menbantu menghasilkan darah yang sihat dan membantu fungsi badan secara keseluruhan. (tidak perlu ambil OBIMIN lagi jika mengambil Vita-lea)


Ostematrix/Kalsium
♥ mengandungi kandungan kalsium yang mencukupi untuk keperluan harian tubuh
♥ kadar penyerapan yang baik oleh tubuh
♥ lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk kebaikkan fungsi kalsium 



2) Untuk ibu hamil trimester 2 (14-28 minggu) dan trimester 3 (28-42 minggu)

Mommies perlu meneruskan pengambilan Set J di atas (4 vitamin) cuma perlu menambah dua lagi vitamin iaitu..

Omega Guard/Asid Lemak Omega 3 
♥ mengandungi minyak ikan (tidak berbau) dan terdapat DHA dan EPA yang penting untuk janin.


♥ menawarkan spectrum penuh asid lemak omega-3 yang bergred tinggi dan selamat dimakan.

♥ bagus untuk otak dan jantung bayi dan ibu. (fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata)


Energizing Soy Protein (ESP)
♥ rendah lemak -bukan GMO bermakna tidak diubah secara genetik
♥ lengkap dengan semua 9 asid amino penting yang diperlukan tubuh tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. 

♥ memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim dalam tubuh. Malah, baik untuk pembentukkan kuku, rambut dan kulit. (mengelak kecacatan pada janin)
♥ ESP juga dapat membantu mommies yang mengalami masalah morning sickness.

Bertindaklah sekarang. Buat mommies yang sedang hamil, sentiasa ada peluang dan kesempatan untuk mommies mengamalkan pemakanan sihat semasa hamil. Vitamin Shaklee dapat memastikan keselamatan dan kesihatan yang terbaik buat mommies dan anak yang bakal lahir. InsyaAllah. 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
 @ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Wednesday, 16 April 2014

Hamil vs GASTRIK

Assalamualaikum mommy2 semua, arini ummi nak story pasal gastrik ibu hamil. Ramai juga ibu hamil yang hadapi gastrik. Dah la tak larat nak bawa perut, gastrik pula...adoiiiii..

Wanita hamil ini selalu dikaitkan loya atau morning sickness, Bila dah jd loya dan tekak jd mual ni, makan pun tak lalu, normally mmg mkn berat ni jd tak lalu dan jdla masalah perut masuk angin dan gastrik n lg teruk pedih ulu hati atau 'heartburn'



Ubat gastrik mgkn ada yg tidak sesuai utk wanita hamil lg2 yg baru hamil dan di awal kandungan dan kita pun tak tahu tahap kekuatan kandungan kita dan better ambil langkah berjaga2 dan boleh ambil nasihat dgn doktor anda dahulu bila ada masalah gastrik

Selain dari itu dlm shaklee, terdapat beberapa produk yg saya boleh cadangkan utk mommy2 yg hamil dan mengalami gastrik ini yg mana juga utk kesihatan ibu hamil dan perkembangan janin yg baik





Set ni boleh je nak combine dgn SET KEHAMILAN SHAKLEE


GASTRIK DAN LOYA SEMASA HAMIL

LEGAKAN GASTRIK ANDA DGN VITAMIN SHAKLEE, LEBIH SELAMAT DAN SEMULAJADI

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Saturday, 5 April 2014

10 Langkah Kehamilan Sihat

Kehamilan adalah masa paling sesuai utk mommy2 bermanja- manja lebih ngn en. asbe...hehehhe...masa pregnant paling ummi suka, ya la nak apa pun dapat, wat prangai pun asben tak marah...hihihih....tapi lps bersalin, kita lak sentap bila asben wat prangai...konon nak lepas kan apa yang dipendam selama 9 bulan...huhuhuh.



Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri anda dengan baik dari kedua-dua segi fizikal dan juga emosi. Anda memberi diri anda peluang terbaik untuk melalui kehamilan bebas daripada masalah dan memperolehi bayi yang sihat jika anda mengikuti beberapa panduan yang mudah:

1. Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal

Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran.

Walaupun anda tidak berpeluang untuk memilih penjaga, anda mungkin boleh dapat membangunkan persefahaman yang baik dengan seorang bidan atau pakar obstetrik yang anda berjumpa dalam tempoh masa anda menjalani rawatan kehamilan anda.

Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai
pilihan rawatan antenatal anda.

2. Makan dengan baik

Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil, atau minum susu penuh lemak atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang akhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil
diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera untuk makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan yang lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.

Pastikan diet anda merangkumi banyak
buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari). Sediakan sarapan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak). Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang atau kekacang polong, dan sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari.

Juga, adalah penting untuk tidak mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek sementara menunggu waktu sarapan.

3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan

Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpuncakan keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut diproses, seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan.

Untuk mengelakkan
toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman, juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran.

Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yang kurang masak, dan
telur mentah atau dimasak lembut. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil).

4. Mengambil tambahan folik asid dan memakan ikan

Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah folik asid (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi.

Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang
tiga bulan pertama kehamilan.

Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa anda.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap
praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.

Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.

Jika anda tidak suka ikan,
tambahan minyak ikan senang diperolehi (pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan semasa kehamilan).

5. Bersenam selalu

Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali balik ke bentuk badan asal anda selepas bayi anda dilahirkan.

Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung. Pakar-pakar tidak pasti macam mana senaman menyebabkannya, tetapi terdapat bukti yang semakin meluas bahawa ia mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina, yang membantu mengawal emosi dan perasaan anda.

Jika anda biasa menjalankan senaman dalam bentuk sejenis sukan, anda boleh teruskan sahaja selagi ia selesa untuk anda, melainkan jika sukan itu membawa risiko jatuh atau terhantuk. Senaman lebih ringan seperti
berjalan, berenang dan aerobik air juga sangat bermanfaat.

6. Mula lakukan senaman lantai pelvik

Adalah agak biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvik, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.

Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya, dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit.

Lantai pelvik anda boleh dikencang dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali. Baca artikel kami mengenai
senaman lantai pelvik semasa mengandung untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk melakukannya dengan betul.

7. Hadkan pengambilan alkohol

Sebab sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali, atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.

Di UK, Kolej Diraja Physician, dan baru-baru ini, Jabatan Kesihatan, mengesyorkan bahawa wanita hamil mengawal keadaan dengan menjauhi alkohol sama sekali. Kolej Diraja Obstetrisian dan Ginekologi dan Agensi Piawaian Makanan mengesyorkan, jika anda bercadang untuk masih minum, supaya menghadkannya kepada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu, dan jangan sampai mabuk.

Wanita yang banyak minum secara kerap (lebih daripada enam unit sehari) semasa mengandung dianggap berisiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Syndrome), yang menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius.

8. Kurangkan pengambilan kafein

Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

Nasihat semasa mencadangkan bahawa dua cawan kopi (bersamaan empat cawan teh atau lima tin cola) sehari tidak akan menjejaskan bayi anda, walaupun satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran.

Sama seperti
alkohol, di mana lebih baik jika lebih berhati-hati, anda juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein secara signifikan, atau, sebaliknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang pertama. Alternatif yang segar ialah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon.

9. Berhenti merokok

Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian kot.

Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan
bibir atau lelangit rekah.

Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok ialah sebelum anda merancang untuk hamil, namun begitu, apa jua pengurangan dalam bilangan rokok yang anda hisap setiap hari semasa hamil akan memberikan bayi anda peluang yang lebih baik. (Baca nasihat lanjut mengenai
bagaimana untuk berhenti merokok semasa kehamilan.)

10. Lebihkan berehat

Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih,.

Jika sakit belakang mengganggu tidur anda, cuba urutan (beritahu ahli terapi yang anda hamil atau carilah bidan yang berpengalaman dalam membantu wanita hamil), kelas natal air, atau kelas senaman khusus untuk penjagaan belakang. Senaman dan aktiviti relaks juga boleh membantu dengan masalah tidur yang berkaitan dengan stres. Cuba teknik relaks, yang selamat semasa mengandung, termasuk regangan dan pernafasan dalam. Jangan lupa memberitahu pelatih yang mengendalikan kelas senaman dan relaks itu yang anda sedang hamil atau pilihlah kelas khusus untuk wanita hamil.


credit by: http://www.babycenter.com.my/a1048972/10-langkah-untuk-kehamilan-sihat#ixzz2xsoM2m00



Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...