Thursday 3 October 2013

Khuatir Apabila Susu Tidak Banyak


 JANGAN RISAU!!!!!

Bayi memerlukan susu mengikut permintaan dan peningkatan usianya :

* 1 hari

Bayi hanya memerlukan 5-7 ml susu atau setengah hingga sesudu makan bagi setiap sesi penyusuan. Pada usia ini, saiz perutnya hanya sebesar biji kacang keras.

* 3 hari

Bayi memerlukan kira-kira 22-27 ml bagi setiap sesi penyusuan. Bagi keperluan sehari pula, dia memerlukan antara 200 ml hingga hampir segelas air. Saiz perut bayi pada ketika ini adalah sebesar buah ceri atau anggur.

* 1 minggu

Bayi dianggarkan memerlukan susu di antara 45-60 ml setiap sesi penyusuan

* 1 bulan

Bayi memerlukan kira-kira 80-150 ml susu setiap kali sesi penyusuan. Bayi akan menyusu 8-12 kali sehari atau setiap 2-3 jam sekali mengikut permintaannya.

* 6 bulan

Bayi boleh diperkenalkan dengan makanan pejal namun penyusuan susu ibu masih perlu diteruskan bagi mengimbangi keperluan zat pemakanannya. Makanan pejal yang diberikan bukanlah makanan utamanya di usia ini, jad susu ibu masih perlu diberikan. Bayi memerlukan sekitar 720 ml susu dalam tempoh sehari.

NAMUN?????


Amalkan penyusuan Susu Ibu secara Ekslusif sehingga 6 Bulan sekurang- kurangnya..



 

Menyusu susu ibu bagi ibu yang berkerjaya amat mencabar. Saya antara salah seorang ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu. Penyusuan susu ibu secara ekslusif kepada bayi baru lahir sehingga berusi 6 bulan amat penting.

KENAPA?

Susu ibu lebih baik berbanding makanan lain. Malah Islam menggalakkan ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka sehingga usia 2 tahun.

Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi kerana mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi. Ianya mudah diserap dan dihadam oleh sistem pencernaan bayi, selain dapat melindungi bayi dari serangan penyakit seperti cirit- birit. Manakala bayi yang mengalami jaundice (demam kuning), susu ibu merupakan penawar yang terbaik yang dapat mengeluarkan sisa bilirubin dari tubuh bayi.

Melalui penyusuan susu ibu, terjalin hubungan kasih sayang yang erat antara ibu dan anak. Ini dapat memberi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi. Bagi si ibu pula, penyusuan dapat melahirkan rasa kasih dan sedia berkorban buat anak tersayang.

Susu ibu bukan sahaja makanan semulajadi yang lengkap untuk tumbesaran bayi bahkan susu ibu merupakan makanan rohani dan akhlak. Seperti mana yang diketahui, makanan memberi kesan kepada sikap dan kelakuan manusia. Sebab itulah, si ibu bukan sahaja memberi makanan kepada bayi, tetapi juga mengalirkan pemikiran dan sikapnya dalam setiap titik susu yang diberikan kepada si anak.

Untuk mengatasi masalah ibu-ibu kat luar sana sekiranya susu tidak mencukupi..hubungi saya untuk konsultansi percuma bersama SHAKLEE








PENYELESAIAN: Cubalah Set Penyusuan SHAKLEE


















No comments:

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...