Thursday 3 October 2013

SOLAT DHUHA..solat REZEKI


Kita biasa dengar tentang solat dhuha...tapi ramai antara kita tidak tahu bagaimana untuk mengerjakan solat dhuha...dulu saya pun macam tu jugak...tak tau apa tujuan solat lps waktu syuruk,,nak kerjakan pn tak tau. Yang saya tahu saya solat fardhu 5 waktu sehari...


Tapi, bila saya tahu tentang hikmah dan kelebihan melakukan solat dhuha, memang kalau boleh 1 hari pun tak nak terlepas solat dhuha...sebab kalau tak buat rasa rugiiii sangat sesangat...tp Allah tak paksa coz solat Dhuha hanya solat sunat tp kita kena la paksa diri kita kan??? last2 akan jd makanan rohani harian kita...
Kenapa???
 



Sebenarnya solat dhuha ni tak susah pun,

i. Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

ii. Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa maksudnya;

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Doa boleh dibaca dalam bahasa melayu, takde masalah yang penting niat kita.

Kalau ikut banyak sangat kelebihan solat dhuha ni, antaranya....

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

”Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

Daripada apa yang saya rasai selepas melakukan solat dhuha, rasa lebih tenang dan yakin dengan rezeki Allah.

Tapi apabila kita berserah sepenuhnya kepada Allah dan jadikan Allah sebagai pendamping utama kita, memang rezeki datang dari pintu yang tak disangka2.
INSYAALLAH... 






No comments:

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...