Friday 18 July 2014

Cara Urutan Perineum Memudahkan Ibu Bersalin

Cara urutan perineum sebelum bersalin sebenarnya ilmu wajib bagi ibu-ibu yang bakal bersalin. Perineum adalah merujuk kepada bahagian antara vagina dan anus (faraj dan dubur) pada ibu yang akan meregang untuk melahirkan bayi. Bahagian ini yang kadangkala terpaksa digunting (episotomi) bagi mengelakkan berlaku koyak di merata-rata bahagian lain pada perineum dan untuk memudahkan lagi proses kelahiran bayi.


Bagi kelahiran normal, perineum digunting berlaku antara 40-80% setiap masa dan 2/3 daripada kes terpaksa dijahit, namun pemulihan bahagian tersebut selepas dijahit amat menyeksakan bagi ibu. Ada di antara ibu yang menghadapi kesukaran untuk membuang air kecil dan besar kerana takut sakit di bahagian jahitan.

Cara Urutan Perineum


cara urutan perineum


 
Episotomi adalah satu proses menggunting dan menjahit bahagian perineum semasa proses kelahiran. Ianya insya’Allah dapat dielakkan jika ibu kerap melakukan urutan perineum sebelum waktu bersalin.

Urutan perineum boleh mula dilakukan 4-6 minggu sebelum ‘due date’ bersalin sekurang-kurangnya 1-2 kali sehari. Waktu terbaik untuk melakukannya adalah selepas mandi kerana pada waktu ini ia agak lembut dan mudah untuk diurut.

1) Pastikan tangan bersih dan kuku telah dipotong. Ini untuk mengelakkan sebarang jangkitan pada bahagian faraj.

2) Cari tempat yang sesuai untuk melakukannya. Ibu mestilah dalam keadaan tenang dan sebaiknya dalam keadaan mencangkung untuk melakukan urutan.

3) Gunakan minyak untuk memudahkan proses mengurut. Tetapi pastikan ia minyak kelapa atau minyak zaitun. Minyak lain seperti baby oil atau ‘vaseline’ tidak sesuai untuk urutan ini kerana ia bukan minyak semulajadi.

4) Gunakan 1-2 jari dan masukkan ia dalam jarak 1-1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan jari ini ke bahagian bawah (anus/dubur) hingga ibu merasa regangan di bahagian tersebut.

5) Biarkan ia dalam keadaan regangan selama 1-2 minit.

6) Ulang urutan beberapa kali dalam gerakan ‘U’

Ia mungkin akan sakit pada peringkat awal melakukannya, tetapi ibu-ibu akan mulai rasa selesa selepas melakukannya dengan kerap.

Urutan perineum boleh dilakukan selama 10 minit setiap hari bagi membiasakan bahagian tersebut dengan regangan. Cuba wajibkan urutan ini sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.
 
urutan perineum

 

Kesan Buruk Cara Urutan Perineum?

Tiada kerana ianya tidak memudaratkan ibu dan bayi. Bagi memudahkan proses urutan ini, ibu juga boleh meminta bantuan suami untuk mengurut. Ianya adalah amalan yang banyak diamalkan oleh ibu-ibu bagi mengelakkan episotomi dan merupakan ikhtiar  terbaik. Cuma pastikan minyak yang digunakan adalah minyak semulajadi seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.

Walaupun tidak melakukan episotomi, perlu diingat yang ibu tetap mengalami luka di bahagian dalam selepas kelahiran dan perlu pemulihan pada saraf-saraf yang mengalami regangan. Pengambilan Set Bersalin yang baik adalah perlu bagi mempercepatkan pemulihan ibu. Kami mencadangkan Set Bersalin Shaklee untuk ibu.





** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**


Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

No comments:

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...