Showing posts with label SET DARAH TINGGI. Show all posts
Showing posts with label SET DARAH TINGGI. Show all posts

Tuesday, 11 March 2014

Tanda dan Cara mencegah Darah Tinggi


Tanda-tanda awal darah tinggi

Penyakit darah tinggi selalunya tidak mempunyai sebarang tanda-tanda awal. Malah, seseorang itu kebiasaannya didapati menghidapi penyakit darah tinggi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan untuk sakit-sakit lain. Namun, terdapat pesakit darah tinggi yang mengadu mengalami pening-pening kepala, vertigo, telinga berdengung atau berdesing, selalu pitam dan sebagainya.

Pencegahan penyakit darah tinggi

Pengurusan penyakit darah tinggi oleh perubatan moden adalah lebih kepada kawalan kadar tekanan darah tersebut dengan menggunakan ubat-ubatan hospital yang sedia ada dan perubahan cara hidup. Namun bukan untuk diubati sepenuhnya. Namun, kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah yakin bahawa penyakit darah tinggi ini boleh diubati dengan keizinan Allah swt.

Selain daripada mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang tertentu, pesakit darah tinggi boleh melakukan beberapa langkah yang dapat merawat dan mencegah penyakit darah tinggi. Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti dengan pengurangan berat badan, bersenam dengan kerap, mengawasi pengambilan garam dan kolesterol dalam diet, tidak merokok dan mengurangkan stres seharian.

Rawatan moden penyakit darah tinggi

Matlamat utama dalam rawatan penyakit darah tinggi adalah untuk mengawal kadar tekanan darah supaya tekanan darah tersebut senantiasa berada pada tahap normal atau biasa. Kebiasaannya, langkah pertama rawatan yang disyorkan oleh doktor adalah perubahan dalam cara hidup yang lebih aktif dan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.

Malah penurunan berat badan dan berhenti merokok turut didapati sangat membantu untuk mengawal kadar tekanan darah tinggi buat ramai pesakit. Jikalau penyakit darah tinggi tidak dapat dikawal dengan langkah-langkah awal tersebut, pesakit turut diberi beberapa jenis ubat hospital yang berkesan untuk ramai pesakit dalam mengawal kadar tekanan darah.

Namun, pengambilan ubat yang mengandungi dadah secara berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk ke dalam darah & sistem badan itu sendiri. Lantas, ia boleh menyebabkan pesakit mengalami kesan kesihatan yang teruk untuk jangka masa panjang.

Adakah Set Vitamin semulajadi Shaklee (tanpa dadah) yang boleh membantu pesakit darah tinggi?


Tentu ADA! Atas kesedaran tentang keburukan penggunaan dadah untuk jangka masa panjang, Shaklee menawarkan kaedah untuk mengurangkan kesan dan boleh mencegah seseorang daripada mempunyai masalah tekanan darah tinggi.


Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Healthy Lifestyle
@ https://www.facebook.com/familylifestylenow?ref=hl
✐ Blog: http://healthylifestyleshaklee.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Putrajaya, Cheras, Rawang (Weekend Only)

Sharing & Caring bersama HEALTHY LIFESTYLE... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

TEKANAN DARAH TINGGI (HYPERTENSION)


TEKANAN DARAH TINGGI (HYPERTENSION)

Sejak akhir-akhir ni saya dapati semakin ramai golongan muda (sekitar lewat 20-an & awal 30-an) telah mempunyai masalah tekanan darah tinggi! Fuhhh... sesuatu yg SANGAT SAYA TAKUTI sebenarnya di usia seawal 30-an ni... Jom kita 'siasat' sket tentang tekanan darah tinggi ni..

Penyakit Darah Tinggi atau “Hypertension” merupakan satu daripada penyakit yang banyak dihadapi oleh bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga oleh ramai manusia di seluruh dunia. Penyakit darah tinggi ini berlaku apabila tekanan di dalam saluran darah arteri sentiasa pada kadar yang tinggi daripada kadar biasa. Akibatnya, jantung pesakit itu terpaksa bekerja keras lebih daripada biasa dan jika keadaan ini berlarutan untuk jangka masa yang panjang, pesakit itu akan mengalami masalah-masalah kesihatan yang serius.

Terdapat dua jenis bacaan tekanan darah iaitu systolik dan diastolik. Kadar biasa untuk systolik (tekanan atas) adalah di antara 100 mmHg hingga 140 mmHg. Manakala, kadar biasa untuk diastolik (tekanan bawah) pula adalah di antara 60 mmHg hingga 90 mmHg. Jikalau kadar kedua-dua bacaan tersebut sentiasa di luar kadar biasa untuk tempoh masa yang panjang, walaupun selepas berehat, maka seseorang itu disahkan menghidapi masalah penyakit darah tinggi.

Penyakit darah tinggi terbahagi kepada dua iaitu darah tinggi primer dan darah tinggi sekunder. Penyakit darah tinggi primer merujuk kepada darah tinggi yang tidak mempunyai punca-punca yang jelas dan darah tinggi primer dihidapi oleh hampir 95% pesakit-pesakit darah tinggi di seluruh dunia. Manakala, penyakit darah tinggi sekunder pula selalunya disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang menjejaskan organ seperti buah pinggang, saluran darah atau jantung.

Mana-mana pesakit darah tinggi yang tidak mengawal penyakit ini dengan baik, pesakit tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang angin ahmar (stroke), masalah saluran darah (aneurysm), serangan jantung (coronary heart attack) dan turut boleh menyebabkan penyakit buah pinggang yang kronik.

Statistik kes-kes penyakit darah tinggi di Malaysia

Menurut kajian oleh Persatuan Hipertensi Malaysia, didapati bahawa hampir 4.8 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit darah tinggi dan sekurang-kurangnya 42% orang dewasa Malaysia yang berusia lebih dari 30 tahun menghidap penyakit darah tinggi. Apa yang lebih mengecewakan, tidak sampai 10% daripda jumlah pesakit darah tinggi di Malaysia yang dapat mengawal tekanan darah mereka untuk berada di dalam kadar yang dianggap sihat.


Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Healthy Lifestyle
@ https://www.facebook.com/familylifestylenow?ref=hl
✐ Blog: http://healthylifestyleshaklee.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Putrajaya, Cheras, Rawang (Weekend Only)

Sharing & Caring bersama HEALTHY LIFESTYLE... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Thursday, 6 March 2014

SET DARAH TINGGI

DARAH TINGGI

Penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi, bukanlah sejenis penyakit baru. Hampir semua orang tahu atau bahkan mengalaminya. Tetapi, berapa banyak yang tahu pasti apa yang menjadi faktor penyakit darah tinggi pada seseorang?

Berikut adalah 10 faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami tekanan darah tinggi.

Faktor keturunan

Usia

Gender

Kurang bersenam

Pola makan

Berat badan berlebihan

Mengambil minuman beralkohol

Stress

Kondisi penyakit yang lain

Punca-punca penyakit darah tinggi

Walaupun penyebab sebenar penyakit darah tinggi masih belum dapat dikenalpasti, terdapat beberapa factor yang telah dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Faktor-faktor ini didapati telah meninggikan risiko untuk mendapat penyakit darah tinggi.

Di antara punca-punca utama yang dikenalpasti adalah faktor keturunan, usia yang meningkat tua, pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, berat badan yang berlebihan, pengambilan garam dan lemak atau minyak yang berlebihan di dalam diet, stres yang tinggi dan penyakit-penyakit lain seperti hipertiroid, Sindrom Cushing, masalah buah pinggang dan sebagainya.

Selain dari itu, sikap suka makan berlebihan walaupun sudah kekenyangan turut boleh menyumbang kepada masalah penyakit darah tinggi. Malah, di dalam Islam kita dilarang daripada makan dengan cara berlebih-lebihan.

Firman Allah swt di dalam surah Al-A'raaf ayat 31:
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan solat) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.”

Set ini Mengandungi:

> Omega Guard - minyak ikan yang mengandungi asid lemak 3 yang dipercayai mampu mengurangkan tekanan darah, membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.

> Alfalfa Complex - untuk membuang toksin dalam badan serta merendahkan tekanan darah

> Lecithin - membakar lemak dalam badan serta membakar lemak di sekeliling pembuluh darah agar darah beredar dengan lebih lancar & seterusnya menurunkan kadar tekanannya.




Berminat??? Hubungi: 
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju 
@ Page FB: Healthy Lifestyle 
@ https://www.facebook.com/familylifestylenow?ref=hl 
✐ Blog: http://healthylifestyleshaklee.blogspot.com/
 ✉ Email: farisha.fe@gmail.com 
** ID: 1067039 
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964 
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Putrajaya, Cheras, Rawang (Weekend Only) 

Sharing & Caring bersama HEALTHY LIFESTYLE... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Saturday, 15 February 2014

Kaitan Diabetes (Kencing Manis) dengan Sakit Jantung & Darah Tinggi

Assalamualaikum..

Pernahkah anda dengar tentang Penyakit 3 Serangkai – diabetes atau kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung? Kata orang, kalau dah kena kencing manis memang tinggi risiko nak kena kembar dia, sakit jantung.


Tahukah anda bahawa kencing manis sebenarnya tak menjadikan seseorang menghidap darah tinggi dan sakit jantung, sebaliknya ia adalah kesan sampingan daripada ubat kencing manis.

Ini kerana ubat adalah jenis drug (dadah) yang bukan komponen tubuh. Ia mengurangkan simptom sesuatu penyakit tapi mempunyai kesan sampingan.

Antaranya ubat jenis metformin yang digunakan untuk meningkatkan fungsi insulin sekaligus menurunkan paras gula. Namun kesan sampingan ubat ini adalah ia menjadikan tubuh kehilangan/kekurangan vitamin B dan antioksidan serta perlindungan kardiovaskular semulajadi tubuh itu Co-Q10.

Kehilangan antioksidan dan pelindung kardiovaskular menjadikan seseorang pesakit diabetes terdedah kepada sakit jantung. Begitu juga ubat jenis Sulfonylures yang memberi kesan sama.

Pesakit kencing manis yang mengambil ubat jenis Thiazolidinediones terdedah kepada masalah yang lebih besar, iaitu masalah jantung.


Diabetes atau kencing manis adalah penyakit berkaitan diet yang agak popular. Malah zaman sekarang budak2 muda pun dah kena diabetes. Jadi untuk mencegahnya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan seimbang, aktiviti yang menyihatkan dan sebagainya.

Untuk pesakit diabetes pula bagaimana? Ya, jika baru kena diabetes sebaiknya bermulalah dengan penukaran cara hidup terlebih dahulu sebelum mengambil ubat.
Pengambilan vitamin? Ya, tentu terutama bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis kerana ia merosakkan vitamin dalam badan.

Vitamin untk diabetes:

B COMPLEX
ESP
VITA-C
VITALEA
VITA – E (antikoksida)

credit: kedaivitamin.com


Perlukan berhenti mengambil ubat? Jangan, kerana itu dipreskripsi oleh doktor. Ambillah suplemen di atas bagi menangani masalah yang timbul akibat kesan sampingan ubat.


~ Mencegah lebih baik dari mengubat. Bak Sabda Rasulullah, perut punca segala penyakit, jadi mari pastikan kita makan makanan yang baik2, halal dan tinggi khasiat ~

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Healthy Lifestyle
 @ https://www.facebook.com/familylifestylenow?ref=hl
✐ Blog: http://healthylifestyleshaklee.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Putrajaya, Cheras, Rawang (Weekend Only)

Sharing & Caring bersama HEALTHY LIFESTYLE... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Thursday, 23 January 2014

Salam sayang penghuni blog ummi wafiq. Banyak betol benda dlm kepala hotak nak share ngn sahabat, tapi x boleh la sekali harung, kena satu - satu coz takut org ckp yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran. Arini kita share dulu pasal darah tinggi atau hypertension. 

 

Ramai betul kat Malaysia ni penghidap darah tinggi. baru- baru ni ada kes, kita nyer suami punyer bos. darah terlampau tinggi, so collapse and x sedar diri koma. Dok hospital satu hari doktor sah dah meninggal sbb pembuluh darah dah pecah. Nauzubillah.

 

1. Tekanan Darah Tinggi / Hypertensi


Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. 
  • Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
  • Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia  mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
  • Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010)


 

2. Bacaan Tekanan Darah

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75
  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
 Kategori  Sistolik  Diastolik
 Normal  < 120 And < 80
 Pra Hypertensi 120- 139 or  80 - 89
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1  140 - 159 or  90 - 99
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 > 160 or > 100


 

3. Penyebab-penyebab Tekanan Darah Tinggi

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Faktor keturunan & Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok
  • Pengambilan garam yang tinggi
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid 
  • Penyakit buah pinggang


 

4. Tanda dan Gejala Tekanan Darah Tinggi

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.


 

5. Komplikasi Tekanan Darah Tinggi


  • Otak: Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung seperti : Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian disebabkan oleh Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy.
  • Komplikasi pada mata: Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata (Hypertensive Retinopathy)
  • Komplikasi pada buah pinggang: Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
  • Peripheral vascular disease seperti: Aneurysm, Kehilangan satu atau lebih denyut nadi & pembuluh darah menjadi keras.

  • So, bagi yang ada atau menghidap penyakit darah tinggi tu, jgn ambik mudah sebab apa yg akan berlaku mmg tak dijangka.

    dalam kes ni, kita hanya boleh cadangkan sahabat ambik supplement bagi kurangkan darah tinggi yg dihadapi.

    SET DARAH TINGGI SHAKLEE yang dicadangkan...
    Alfalfa - membuang toksin dan membantu penghadaman dan pencernaan
    Lecithin - pecahkan lemak dan bersihkan dinding salur darah
    Omega Guard- melancarkan peredaran darah
    Ostemaatrix
    B Complex 
    Garlic

    Berminat??? Hubungi: 
    ✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju 
    @ Page FB: Healthy Lifestyle 
    @ https://www.facebook.com/familylifestylenow?ref=hl 
    ✐ Blog: http://healthylifestyleshaklee.blogspot.com/ 
    ✉ Email: farisha.fe@gmail.com 
    ** ID: 1067039 
    ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964 
    ➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Putrajaya, Cheras, Rawang (Weekend Only) 

    Sharing & Caring bersama HEALTHY LIFESTYLE... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

    ~ãlhamdulillah~

    ~ãlhamdulillah~
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...