Showing posts with label SET GOUT. Show all posts
Showing posts with label SET GOUT. Show all posts

Wednesday, 12 March 2014

Simptom dan rawatan GOUT


Apa itu gout?

Gout ialah sejenis arthritis atau radang sendi (terdapat lebih 100 jenis arthritis). Apabila gout berlaku ia mampu menyebabkan kesakitan yang amat, bisa/pedih, kekejangan, kehangatan dan bengkak pada satu-satu sendi kebiasaannya pada ibujari kaki (75% serangan pertama). Kesakitan itu boleh berlaku berulang-ulang sehingga ia dirawat.

Dalam jangkamasa panjang, keadaan ini boleh memudaratkan sendi-sendi, tendon-tendon dan tisu-tisu lain. Secara statistiknya, gout lebih kerap berlaku dikalangan lelaki berbanding wanita.
Apa simptomnya?
Simptom-simptom lazim gout termasuk:-
  1. Bengkak ibu jari kaki, kemerahan, bias/pedih bermula lazimnya pada waktu malam.
  2. Kesakitan juga mungkin juga dirasai pada tapak kaki, tumit dan lutut.
  3. Serangan kesakitan hanya tertumpu pada satu-satu sendi pada satu masa.
  4. Sakit boleh berterusan beberapa hari atau beberapa minggu sebelum mulai hilang.
  5. Sakit menyerang di malam hari atau beberapa jam selepas “melantak” makanan yang kaya dengan purina seperti dinyatakan sebelum ini.
 
 Apa rawatannya?

Rawatan gout terbahagi kepada dua:
1.   Rawatan segera untuk menangani kesakitan
a.   Rawatan sendiri
                                                               i.      Tinggikan aras sendi yang sakit (contohnya jika ibu jari kaki yang sakit, tinggikan kaki dari aras kepala). Ini menggalakan reversal pengaliran darah supaya darah tidak terkumpul disekitar sendi yang mengalami keradangan justeru tidak menambah kesakitan yang dialami meskipun tidak mengurangkannya dengan signifikan.
                                                             ii.      Meletak pek ais disekitar sendi untuk melegakan bengkak dan rasa panas.Jangan letak ais secara terus kepada kulit atau lebih dari 20minit untuk mengelakkan kerosakan pada kulit.
b.      Ubat-ubatan (Rujuk doktor!)
                                                               i.      Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) : diclofenac indomethacin, naproxen
                                                             ii.      Colchicine
2.      Rawatan berterusan untuk mengelakkan kesakitan di masa hadapan.
a.       Pemakanan :
                                                               i.      Mengurangkan atau menghindari makanan yang kaya dengan purina.
                                                             ii.      Minum air dengan banyak.
                                                           iii.      Kurangkan berat badan
b.      Bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah
 
                                                               i.       Vita C
                                                             ii.      Vivix – mengandungi kompaun antioksidan anthocyanains yang mampu melegakan keradangan dan mengurangkan tahap urate (hablur Kristal terhasil dari asid urik) dalam darah. **
                                                           iii.      Omega Guard (Omega 3 Fatty Acids)
         i.            Bcomplex (ada niacin)
       ii.            Vitalea (ada niacin)
     iii.            Mealshake (ada niacin)
 
Niacin = B3 (menggalakkan penghasilan asid urik)




Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Healthy Lifestyle
@ https://www.facebook.com/familylifestylenow?ref=hl
✐ Blog: http://healthylifestyleshaklee.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Putrajaya, Cheras, Rawang (Weekend Only)

Sharing & Caring bersama HEALTHY LIFESTYLE... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Sunday, 2 March 2014

Gout

Apa itu gout?

Gout ialah sejenis arthritis atau radang sendi (terdapat lebih 100 jenis arthritis). Apabila gout berlaku ia mampu menyebabkan kesakitan yang amat, bisa/pedih, kekejangan, kehangatan dan bengkak pada satu-satu sendi kebiasaannya pada ibujari kaki (75% serangan pertama). Kesakitan itu boleh berlaku berulang-ulang sehingga ia dirawat. Dalam jangkamasa panjang, keadaan ini boleh memudaratkan sendi-sendi, tendon-tendon dan tisu-tisu lain. Secara statistiknya, gout lebih kerap berlaku dikalangan lelaki berbanding wanita.

Apa sebabnya?
Gout berpunca daripada kandungan asid urik yang berlebihan di dalam darah. Biasanya kandungan asid urik tinggi (KAUT) dalam darah tidak semestinya merbahaya tetapi apabila KAUT itu mula membentuk mendapan atau hablur seperti Kristal pada sendi-sendi tertentu. Itulah saat bermulanya episod serangan gout anda.Bayangkan anda terpijak bucu-bucu tajam batu karang dalam laut. Sakit bukan? Inikan pula ada hablur-hablur yang berkumpul pada sendi anda dan mula menyucuk dari dalam…Adoiii…

Risiko anda untuk mendapat serangan gout adalah lebih tinggi sekiranya anda :
  • Mempunyai berat badan berlebihan. Bukan pilih kasih atau pilih saiz tetapi secara amnya apabila berat badan berlebihan, keupayaan sistem badan untuk bekerja secara sempurna dikompromi. Ini termasuklah keupayaan ginjal untuk menyingkirkan asid urik berlebihan dari badan.
  • Terlalu banyak makan makanan yang mengandungi kandungan purina yang tinggi (daging merah, limpa, makanan laut bercangkerang, ikan bilis dsb). Purina dimetabolismekan atau dirungkaikan dalam badan menjadi asid urik, oleh itu semakin tinggi kandungan purina semakin tinggi jugalah kandungan asid urik nanti.
  • Kaki minum (yang dimaksudkan ialah minuman beralkohol…hak untuk minum Milo anda tidak dicabar sama sekali J). Ini kerana minuman beralkohol mengganggu fungsi ginjal untuk menyingkarkan asid urik. Alhamdulillah sebagai umat Islam sepatutnya ini bukan satu masalah bagi kita.
SET GOUT SHAKLEE>>> untuk atasi masalah GOUT yg korang hadapi...Cubalah hari ini
 
 
* Free Consultation
* Free Postage
* Free Jadual Pemakanan>>> Bagi customer saya sahaja!!!!!!
 


Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Healthy Lifestyle
@ https://www.facebook.com/familylifestylenow?ref=hl
✐ Blog: http://healthylifestyleshaklee.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Putrajaya, Cheras, Rawang (Weekend Only)

Sharing & Caring bersama HEALTHY LIFESTYLE... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Monday, 23 December 2013

Supplement utk GOUT

Supplemen yang dicadangkan

1.Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)

 


2.OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

 

3.Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

 

4.Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.



 

Gout dan Vitamin C

Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gout.
Vitamin C adalah  uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.
Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi. Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

 
Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Healthy Lifestyle
@ https://www.facebook.com/familylifestylenow?ref=hl
✐ Blog: http://healthylifestyleshaklee.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Putrajaya, Cheras, Rawang (Weekend Only)

Sharing & Caring bersama HEALTHY LIFESTYLE... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

Friday, 20 December 2013

KENALI GOUT..

Apakah Gout?

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Punca Gout
Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Cara mengatasi

1.Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)

2.Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.

3.Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.

4.kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.

5.Bersenam

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Healthy Lifestyle
@ https://www.facebook.com/familylifestylenow?ref=hl
✐ Blog: http://healthylifestyleshaklee.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Putrajaya, Cheras, Rawang (Weekend Only)

Sharing & Caring bersama HEALTHY LIFESTYLE... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...