Friday 13 June 2014

Adakah selamat memakai coli berdawai semasa hamil?

Tidak ada sebab mengapa memakai coli berdawai boleh membahayakan anda semasa hamil. Walau bagaimanapun, anda mungkin mendapati coli seperti ini tidak begitu selesa bagi payudara anda yang sedang berubah.

Ramai bidan dan pendidik dalam bidang pelahiran menasihatkan ibu-ibu hamil supaya mengelak dari memakai coli berdawai. Dawai yang keras ini mungkin mengganggu perubahan payudara anda dari segi saiz dan bentuk. Coli seperti ini mungkin menghalang pengaliran darah atau menekan sistem duktus susu anda yang sedang berkembang. Ia mungkin sekadar tidak menyelesakan, tetapi ada kemungkinan ia juga boleh mengakibatkan radang (
mastitis).

Perubahan pada payudara bermula lebih awal daripada yang anda mungkin jangkakan. Menjelang enam minggu kehamilan,
bengkak dan sedikit pembesaran telahpun berlaku. Payudara anda boleh jadi membenjol dalam tiga bulan pertama apabila sistem duktus susu mula berkembang.

Urat-urat di bawah kulit anda menjadi lebih jelas. Ini disebabkan oleh pertambahan dalam bekalan darah untuk membantu payudara anda bersiap sedia untuk
menyusukan bayi tidak lama lagi. Sedikit demi sedikit saiz payudara anda akan bertambah. Secara purata, saiz setiap payudara akan bertambah sebanyak 5cm manakala beratnya bertambah sebanyak 1400g.

Perubahan ini menunjukkan bahawa penting bagi anda memakai coli materniti yang selesa dan memberi sokongan sepenuhnya. Anda mungkin perlu membeli coli baru lebih awal daripada yang anda jangkakan, dan ukuran anda juga perlu diambil beberapa kali sepanjang kehamilan.

Coli materniti yang bagus mempunyai tali bahu yang lebih lebar daripada coli biasa, mempunyai panel sokongan dan cangkuk belakang yang boleh diubah untuk membolehkannya dipakai lebih lama apabila saiz anda bertambah. Mintalah bantuan mereka yang pakar ketika anda membuat “fitting”.





Jika anda pakai coli berdawai pada bila-bila masa semasa hamil, pastikan dawai itu tidak menekan payudara anda dan jangan pakai coli ini semasa tidur.

Disemak oleh Jennifer Hor, penulis bersama buku Asian Parenting Today. Beliau juga merupakan guru pranatal dan Parent Craft yang aktif di Lembah Klang, serta pakar dalam bidang penyusuan badan dan isu-isu kesihatan bayi.


http://www.babycenter.com.my/a1053000/adakah-selamat-memakai-coli-berdawai-semasa-hamil#ixzz33enNgCvN


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
 @ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

No comments:

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...