Wednesday 11 June 2014

Keperluan Untuk Dibawa Ke Hospital Sebelum Melahirkan Anak

Salam sayang mommies..Selepas memasuki minggu-minggu terakhir kehamilan, tentunya pelbagai jenis barangan yang ingin disediakan di dalam fikiran dan salah satunya keperluan untuk dibawa bersama ke hospital. Mengikut pengalaman ummi, barang2 ni perlu disediakan lebih awal sebab taktau bila baby nak kuar..ya la, ummi sendri pun 2 minggu awal dari due date..nasib baik barang2 dah siap packing and letak jek kat bonet kereta.
 
Melalui pengalaman ummi sendiri, ada beberapa barangan yang perlu dibawa ke hospital.
Keperluan ni disimpan di dalam satu beg, bila dah ada tanda-tanda nak bersalin dan nak ke hospital hanya ambil beg ni.  Tak perlu ambil masa untuk mengemas. Di sini ummi senaraikan 11 barangan yang perlu dibawa ke hospital :) 
Keperluan yang diperlukan (dengan beranggapan si ibu berada 1-3 hari sahaja di hospital) : 

Untuk ibu : 
1. Tuala - untuk mandi
2. Seluar dalam (2 helai) - dipakai selepas bersalin
3. Baju  - (1 pasang) - dipakai selepas bersalin
4. Handphone
5. Buku
6. Buku Kesihatan Ibu 
7. Botol air panas

Makanan - pihak hospital akan sediakan (tapi biasanya ada gak bawa bekal sedikit dari rumah)
Pakaian - pihak hospital akan sediakan, semua ditanggalkan kecuali pakaian hospital sahaja ada kat badan.

Untuk bayi : 
1. Pampers saiz newborn
2. Tisu basah (baby wipers)
3. Tuala untuk balut badan bayi
4. Baju bayi lengan panjang/pendek (sepasang)
5. Sarung tangan dan kaki bayi

Secara asasnya itu sahajalah yang dibawa ke hospital.  Bawalah ikut keperluan.  Jika rumah berdekatan dengan hospital dan mudah untuk ahli keluarga berulang-alik,  bawa 10 item di atas pun dah cukup. Jika keadaan menyebabkan si ibu atau bayi perlu berada lebih lama,  barangan tambahan boleh dibawa kemudian.

So, bagi mommies yang dah hamper nak bersalin tu, boleh lahsediakan barangan kat atas tadi dan letak jek dlm keta..senang..bila dah nak bersalin,,,at least takder barang yg tertinggal...:-)


Sumber : http://norazizah.org


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

No comments:

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...