Sumber Asal: http://pama.karangkraf.com/
Apabila isteri disahkan hamil, sudah tentu suami adalah orang yang paling gembira sekali menerima berita tersebut. Namun bagaimanakah tindakan si suami menghadapi kerenah isteri yang mengalami perubahan hormon ketika hamil?
Bagi suami yang sudah berpengalaman mempunyai lebih daripada seorang anak pasti tahu apa yang hendak dilakukan tetapi bagi suami yang baharu pertama kali menghadapi situasi tersebut tentu sahaja kurang pasti apa yang harus dilakukan.
Walaupun suami cuba menghulurkan bantuan, hakikatnya tidak ramai yang faham terhadap perubahan emosi atau ‘mood’ wanita hamil yang biasanya lebih sensitif dan sangat memerlukan perhatian daripada suami.
Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan apabila suami berdepan dengan situasi isteri sedang berbadan dua. Ia penting untuk diketahui oleh para suami kerana ada kalanya kerenah isteri mengandung boleh mencabar kesabaran mereka sebagai seorang suami.
1. Cari maklumat kehamilan
Kehamilan akan mengubah perilaku isteri anda secara fizikal ataupun emosi. Mudah penat, pening dan muntah kini menjadi sahabat karibnya. Isteri juga menjadi lebih sensitive walaupun untuk perkara yang dirasakan sangat remeh. Sebagai suami janganlah mudah melenting dan marah dengan perubahan tersebut. Ia adalah perkara normal yang dialami oleh kebanyakan wanita hamil.
Oleh itu suami perlu mempunyai ilmu dan info berkenaan kehamilan. Secara tidak langsung anda boleh berkongsi dengan isteri tentang info tersebut dan dia akan merasakan betapa anda mengambil tahu perubahan yang sedang dilaluinya.
2. Jaga pemakanan isteri
Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya. Jika mempunyai masa, apa salahnya luangkan masa untuk menemani isteri menjamu selera atau makan bersama-sama dengannya.
Jika isteri hilang selera makan ketika peringkat awal kehamilan, belikan dia makanan yang memenuhi seleranya sahaja. Jangan paksa dia makan makanan yang tidak boleh dijamah. Isteri anda juga memerlukan masa rehat yang mencukupi kerana dia mudah penat dan letih ketika ini.
Ketika inilah suami perlu lebih ringan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Sikap anda yang sebegini, pasti membuatkan isteri terharu dan bertambah menghormati anda sebagai seorang suami.
3. Elak tekanan
Sewaktu isteri hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Ketika ini isteri enggan memikirkan perkara yang boleh memeningkan kepalanya. Oleh itu seboleh mungkin selesaikan masalah tanpa melibatkan isteri.
4. Teman isteri jumpa doktor
Keprihatinan anda menemankan isteri berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan bulanan memberikan makna kepada isteri. Isteri berasa diri dihargai dan disayangi. Bayangkan isteri anda sarat mengandung dan perlu memandu sendirian serta menunggu giliran berseorangan sedangkan isteri orang lalin ditemani suami masing-masing.
Tentu sedikit sebanyak ia mengganggu emosi isteri. Sesungguhnya kehadiran suami memberikan semangat kepada isteri.
---------------------------------------------------------------
Isteri pasti lebih rasa dihargai jika suami beri 100% perhatian kepada isteri sepanjang kehamilan. Iyelah, mengandung bukannnya sehari dua. Sembilan bulan lama tuuuu. Hihi. Jika makin sarat, lagilah sakit sana sini. Nak tidur pun mata tak lelap. Betapa besarnya pengorbanan seorang isteri dan ibu.
Semoga bermanfaat buat kawan-kawan ya. Jika anda salah seorang bakal bapa & ibu, TAHNIAH ummi ucapkan. Semoga dipermudahkan segala urusan kelahiran kelak.
Jika anda mengalami masalah HB rendah, boleh ketahui cara untuk mengatasinya di entry yg sebelum ni..selamat ber"search" maklumat dan input yg penuh bermakna utk mommy daddy...
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**
Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang
Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama
No comments:
Post a Comment