Monday 24 March 2014

Penyakit Thyroid & Shaklee

Alhamdulillah ada lagi luang nak citer pasal kesihatan dengan anda kat luar sana. Arini tetiba nak share pasal apa itu TYROID..pernah dengar tak?? ummi 1st time dengar pun masa bersalin kan anak pertama, doctor bgtau anak saya ada Tyroid..So, macam terkejut juga la sebab baby baru 2-3 ari dah ada Tyroid??? Macam nak trima ke nak wat tak tau jek???

Tapi Alhamdulillah lps 5 month macam tu, doctor sahkan darah Tyroid anak ummi dah tak der. Darah Wafiq dah normal kembali. Bukan apa, hormone darah bayi still boleh berubah sebab factor sekeliling>>> katanya doctor..wallahualam....syukur Alhamdulillah, wafiq sekarang dah semakin bijak dan pandai buat ummi dan abah bahagia.
Thyroid ini terbahagi kepada dua jenis iaitu hyper dan hipo thyroid. Kedua-duanya mempunyai gejala dan perbezaan yang amat ketara.

Jom ketahui apa itu penyakit thyroid dan punca-puncanya.

---------------------------------------------------------------------------------------
APA ITU THYROID?

Sumber: gejalathyroid.blogspot.com


*Google Image*
 
Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. 

Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.

Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. 

T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4. T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita. 

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.
 
Ok, untuk ketahui lebih lanjut pasal TSH atau Tyroid ni, ummi jumpa lagi korang kat next entry ya:-)

 


Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Hebat & Luar Biasa Supplement
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama HEBAT & LUAR BIASA SUPPLEMENT... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

No comments:

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...