Saturday 29 March 2014

Paracetamol, risiko kegagalan hati?

Mentaliti perlu berubah
Tahap kesedaran sebahagian besar penduduk negara ini mengenai bahaya sesuatu jenis ubatan moden boleh dikatakan amat rendah. Sebahagian besar tidak pernah tahu atau ingin mengambil tahu kandungan bahan kimia dalam setiap ubatan yang dipreskripsi doktor apatah lagi kesan sampingan yang mungkin dialami.

Tanya diri anda berapa ramai doktor yang memberitahu kesan sampingan setiap jenis ubatan yang mereka preskripsi secara telus?

Had maksimum pengambilan acetaminophen yang dibenarkan oleh FDA ialah 4,000 miligram sehari. Dan ini besar kemungkinan juga had maksima yang dibenarkan Kementerian Kesihatan negara ini.

Ia adalah deduksi (kesimpulan) penulis berdasarkan had maksimum yang dicadangkan Glaxo Smith Kline pada label di belakang bungkusan Panadol Actifast iaitu tidak melebihi 8 tablet (setiap kaplet mengandungi 500 miligram paracetamol) bagi setiap 24 jam.

Tanda-tanda ketoksikan hati berpunca daripada pengambilan paracetamol secara berlebihan ialah ialah loya, muntah, berpeluh dan kesakitan selepas beberapa jam pengambilannya. Ia dikatakan tidak menyebabkan seseorang tidak sedarkan diri.

Jika tidak dirawat dengan segera ia akan menyebabkan kematian dalam tempoh 3-5 hari.

Ingatlah pengambilan dos secara berlebihan yang biasa dimaksudkan oleh golongan perubatan moden ialah mengambil ubat melebihi sukatan yang dicadangkan untuk tempoh tertentu.

Pada pandangan pakar perubatan alternatif yang berilmu pula, kekerapan mengambil ubatan moden walau pun benar-benar menuruti dos yang dicadangkan boleh menyebabkan kemudaratan termasuk ketoksikan pada sesetengah individu!

Penulis percaya ketoksikan hati boleh berlaku hasil pengambilan paracetamol walau ia hanya sebagai bahan aktif secara bersendirian seperti dalam pil/kaplet ‘P’.

Mengapa? Setiap orang memiliki kecekapan detoksifikasi yang unik dan ditambah dengan pelbagai faktor yang dipercayai mengganggu/melemahkan kecekapan tubuh dalam detoksifikasi sesuatu bahan.

Ada masalah lain timbul akibat pengambilan paracetamol secara berlebihan? Ya, ada iaitu kegagalan buah pinggang dan pelbagai masalah kulit.


Credit: Sinar Harian

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Hebat & Luar Biasa Supplement
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama HEBAT & LUAR BIASA SUPPLEMENT... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

No comments:

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...