Saturday 22 March 2014

Tip Makanan Untuk Anak Kurus

Anak kurus??? memang tekanan kan bagi ibu bila tgk anak kurus dan keding. Bila tengok anak orang tembam, comel dan aktif, perasaan ibu pasti sedih. Kalau yang kaya orang tak kata sangat nape anak kurus tapi bagi yang miskin atau kekurangan duit, mesti orang akan cakap mak apak tak bagi cukup makan..ye tak??? fuhhhhh tekanan tu..

So, utk elakkan perkara yang di luar jangkaan, bagi anda yang mempunyai anak-anak yang tak berapa tembam atau comel- comel gitu, ummi nak bagi sikit tips makanan untuk anak kurus

TIPS MAKANAN UTK ANAK KURUS:

♦ Pastikan anak diberi pelbagai makanan mengikut saranan Piramid Pemakanan Malaysia. Jangan beri anak makan makanan yang rendah lemak.
♦ Makanan tinggi kalori sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal.Beri anak makanan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali sehari.
♦ Bekalkan anak snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwic dan kekacang setiap kali dia ke sekolah. Rehatkan anak anda daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
♦ Elakkan memberi anak anda makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.

Panduan Menggalakkan Anak Makan :

♦ Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan.
♦ Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yang belum tentu berkhasiat.
♦ Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan agar anak anda lebih berselera.
♦ Sekiranya anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa.

Makanan Khas Untuk Anak Kurang Berat Badan :

♦ Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak.
♦ Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang.
♦ Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.
♦ Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat.
♦ Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega.
♦ Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega.

Kenapa Anak Tidak Mahu Makan?

♦ Bermasalah dengan gigi.
♦ Bosan dengan makanan yang diberikan.
♦ Terlalu banyak bermain.
♦ Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama.
♦ Tidak berselera untuk makan.
♦ Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan.

info dipetik dari Pa&Ma

So, banyak usaha dan tindakan yang perlu ibu bapa lakukan bagi memastikan anak-anak sentiasa mencukupi berat badan mengikut umur



Anak SHAKLEE 2013:-)

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Hebat & Luar Biasa Supplement
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama HEBAT & LUAR BIASA SUPPLEMENT... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

No comments:

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...