Thursday 15 May 2014

Pendarahan ringan atau pendarahan faraj (Part 3)

Apa yang harus saya lakukan jika saya mengalami pendarahan faraj semasa hamil?

 
 
Ramai mommies taktau nak buat apa bila berlaku pendarahan faraj. Yang paling mereka takut adakah gugur???? So, bagi yg berlaku pendarahan faraj ni, ummi suggest cepat2 jumpa doctor ye.

Hubungi doktor anda dengan segera untuk mendapatkan nasihat, walaupun pendarahan itu akhirnya berhenti. Anda mungkin perlu ke hospital dan berjumpa doktor untuk mengenal pasti sebab pendarahan tersebut.

Doktor anda mungkin akan membuat pemeriksaan dalam faraj untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik atau menasihatkan anda membuat imbasan ultrabunyi. Imbasan ultrabunyi boleh menunjukkan samada bayi anda berada dalam keadaan baik di dalam uterus atau berlakunya kehamilan ektopik. Pemeriksaan faraj dan imbasan ultrabunyi selamat untuk anda jalani dan tidak membahayakan kehamilan anda.

Doktor juga mungkin akan membuat beberapa ujian rutin. Darah dan air kencing anda mungkin diuji untuk melihat tahap hormon kehamilan anda. Ujian untuk memeriksa kumpulan darah dan status resus anda juga mungkin akan dijalankan.

Kebanyakan kita mempunyai darah yang berstatus resus positif. Jika darah anda adalah resus negatif, anda akan ditawarkan suntikan anti-D imunoglobin. Suntikan ini dapat menghalang badan anda daripada bertindak balas sekiranya bayi anda mempunyai resus positif dan darah anda berdua bercampur pada mana-mana tahap kehamilan.

Adakah bayi saya akan selamat?

Kemungkinan besar bayi anda akan selamat, kerana spotting atau pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Kebimbangan itu adalah normal, tetapi ketahuilah bahawa ramai wanita yang dapat meneruskan kehamilan dengan sihat walaupun berlaku masalah pendarahan awal.

Walaupun pendarahan kadang-kala adalah tanda awal keguguran, sekiranya ini berlaku, anda akan turut mengalami kekejangan perut dan pendarahan juga akan bertambah teruk. Spotting atau pendarahan ringan biasanya akan berhenti sendiri. Dikatakan bahawa separuh daripada bakal-bakal ibu yang meminta bantuan perubatan kerana pendarahan awal dapat meneruskan kehamilan dan bersalin tanpa sebarang masalah.

Jika anda mengalami spotting atau pendarahan semasa hamil, maklumkanlah kepada doktor anda, walaupun pendarahan itu berhenti sendiri. Sentiasalah berfikiran positif. Spotting atau pendarahan biasanya hanyalah satu misteri yang tidak membahayakan.

Anda tidak keseorangan! Berbuallah dengan ibu-ibu lain mengenai kebimbangan anda semasa hamil kerana dgn berbuat demikian, perasaan bimbang anda akan hilang.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
 COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

No comments:

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...