Saturday 31 May 2014

Tips Elak Sukar Tidur Ketika Hamil

Assalamualaikum dan salam sayang ummi kat mommies..ummi doakan mommy2 sentiasa dalam keadaan yg selesa dan bertenaga.

Hari ni ummi nak kongsikan beberapa tips untuk mommy2 yang mengalami masalah sukar tidur. Memang menjadi kebiasaan apabila hamil, gejala sukar tidur mula menyerang. Ada yang kadang-kadang dan ada yang kerap kali sehingga mengganggu kesihatan. Tak seronok kan??? Tapi takpa, mommy2 jangan risau,  ummi sedia membantu anda semua.

Antara punca wanita hamil sukar lena ketika hamil kerana bayi dalam kandungan makin membesar. Justeru pinggang mula sakit, segala tulang dan sendi mula lenguh. Ada juga akibat bayi sudah pun menekan bahagian pundi kencing menyebabkan kita asyik terasa nak kencing di malam hari. Selain itu, aksi si kecil dalam perut bermain bola sepak ala2 Beckham juga membuatkan kita mudah terjaga. 

 
Di bawah ini ummi kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat sedikit sebanyak dapat membantu masalah mudah terjaga atau sukar tidur.
  • Tidur dalam posisi yang betul iaitu mengiring ke kiri agar peredaran darah menjadi lebih lancar dan kita juga mudah bernafas
  • Minum segelas susu suam sebelum masuk tidur
  • Elakkan minum minuman berkafein atau makanan yang terlalu berat. Elakkan juga memakan makanan yang tinggi karbo ketika larut malam.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur. Atau pun boleh lapkan badan dengan kain lembut yang dicelup air suam
  • Minta tolong suami urutkan di bahagian yang tidak selesa
  • Pastikan pengudaraan di kamar tidur segar, bersih dan selesa
  • Pastikan tilam dan bantal lembut dan selesa
  • Tukar cadar dengan kerap. Gunakan cadar yang diperbuat daripada cotton agar lebih selesa
  • Boleh minta suami sapukan minyak aromaterapi di badan anda
  • Jangan minum air terlalu banyak apabila waktu malam
  • Usah fikirkan perkara yang merunsingkan ketika mahu tiidur
  • Pastikan pengambilan kalsium yang cukup agar anda tidak diserang cramp atau simpul biawak ketika tidur
  • Baca doa dan bercakap-cakap dengan bayi apabila berada di atas katil
Hoke, ummi arap dengan 13 tips yang ummi kongsikan ini mampu memberikan mommies tidur yang lena sepanjang malam:-) In shaa Allah..


Ada lagi yg membuatkan mommies risau?????????????
 
Risau BACAAN HB anda makin lama makin rendah?
Sentiasa krem kaki ketika tidur, gusi berdarah dan sakit gigi..
Penat, letih, stress apabila kena handle anak-anak sendirian???
Tu petanda anda KEKURANGAN vitamin...
Jom cuba SET KEHAMILAN SHAKLEE yang pasti memberikan keselesaan kpd mommies sepanjang tempoh KEHAMILAN
 


 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
@ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

No comments:

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...