Wednesday 30 April 2014

Nak HARGA AHLI...jadilah AHLI:-)

Salam sayang semua..arini ummi  nak cerita sedikit tentang perkara yang boleh dianggap penting ini. Kalau tak cakap salah, kalau cakap pun salah. Dilema  dibuatnya. Huhuhu..... Ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak. Walaupun sukar tapi saya kena beritahu juga demi mengekalkan Shaklee sebagai produk kesihatan nombor 1 di Malaysia!

Jom daftar ahli Shaklee dengan group yang terbaik

Bermula April 2014 pihak Shaklee memperketatkan undang-undang kepada semua pengedar shaklee. Banyak syarat telah dikenakan demi menjaga keistimewaan dan keeksklusifan produk Shaklee. Mahu tak mahu saya sebagai pengedar Shaklee wajib mematuhi syarat dan peraturan yang telah dilaksanakan ini.

Antara syarat utama yang ditekankan ialah mengenai larangan menjual produk Shaklee dengan harga ahli kepada yang bukan ahli. Jadi yang bukan ahli hanya layak untuk beli Shaklee dengan harga pasaran. Jika didapati ada pengedar Shaklee yang melanggar syarat ini, dia akan suspended dan terminated terus. 24 jam dipecat! Nampak macam kejam kan? Sebenarnya ia tidaklah kejam. Tujuan utama adalah untuk mengelakkan pasaran Shaklee terganggu. Kalau dibiarkan berlarutan ia akan menjadi barah dan akan membunuh Shaklee.

Sebenarnya syarat ini tidaklah merumitkan dan menyusahkan ummi dan para pembeli vitamin Shaklee. Kalau nak beli dengan harga murah ada caranya. Tak payah runsing-runsing. Mudah sahaja nak diatasi. Dengan hanya mendaftar ahli Shaklee sebanyak rm65, kita dapat menikmati dan membeli produk Shaklee dengan harga ahli seumur hidup. Ingat! Hanya rm65 untuk seumur hidup


Jom daftar ahli Shaklee dengan group yang terbaik
Jadi ahli Shaklee hanya rm65 seumur hidup
Selain itu kita boleh mendapat pelbagai faedah yang ditawarkan oleh Shaklee apabila kita menjadi ahli Shaklee. Boleh baca keistimewaan menjadi ahli shaklee. Mudahkan? Win-win situation! Anda dapat beli dengan harga ahli dan saya pun senang untuk memberi service tip top kepada anda. Betul tak? 

Kalau ada serius nak bisnes Shaklee, di sinilah tempatnya. Boleh menjana pendapatan dengan Shaklee bersama group saya. Anda sebenarnya telah memilih group yang tepat dan hebat. Tak percaya ke?
 
Bagaimana Shaklee tahu jual dengan harga ahli?
 
Ramai yang hubungi saya meluahkan "Kalau awak tak beritahu Shaklee, macam mana Shaklee tahu awak jual harga ahli?" Memang betul Shaklee tidak tahu.

Jangan lupa yek. Mulut saya boleh dikunci tapi mulut orang saya tak mampu untuk menguncinya. Mungkin nanti ada antara customer saya terlepas cakap kepada rakannya. Dari seorang rakan ia akan jadi viral dan merebak sampai ke pengetahuan Shaklee. Mungkin ada yang akan melaporkan kepada pihak Shaklee. Segala kemungkinan boleh berlaku. Lagipun pihak Shaklee tidak akan berdiam diri dan pasti mempunyai strategi sendiri untuk membanteras demi melaksanakan syarat harga ahli hanya untuk ahli Shaklee sahaja. 

Demi untuk kekal lama dalam menyebarkan kebaikan Shaklee kepada orang ramai, saya dengan ini amatlah berbesar hati dan rasa rendah diri merayu kepada anda semua untuk menjadi ahli Shaklee dengan saya terlebih dahulu sebelum mendapat hak eksklusif sebagai ahli Shaklee untuk membeli dengan harga ahli. Boleh kan? Jangan kita gaduh-gaduh pasal harga ahli atau pasaran. Siapa nak harga murah daftarlah jadi ahli. Murah 25% tuuu. Hanya rm65 untuk seumur hidup. Saya tak pening kepala dan anda pun gembira dapat beli Shaklee dengan harga ahli. 

Jom daftar ahli Shaklee dengan group yang terbaik
Nak murah atau nak mahal?
Perkara yang rumit jangan kita rumitkan lagi.Yang sukar kita mudahkan. Make it simple. Daftar ahli Shaklee dengan saya dan anda layak mendapat segala keistimewaan yang sepatutnya anda dapat terutamanya membeli Shaklee dengan harga ahli. Jom sign up Shaklee member's dengan saya sekarang! Hanya rm65 sahaja.
 
 



Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
 @ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

No comments:

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...