Friday 25 April 2014

Tips Hilangkan Mual & Muntah

Mual Dan Muntah Awal Kehamilan

Mual dan muntah bagi mommy2 hamil ni biasa dan normal. Biasalah ibu-ibu di awal kehamilan akan mengalami loya-loya atau muntah kan. Morning sickness namanya, Walau namanya morning tapi ada ibu yang sepanjang hari berada dalam keadaan yang tidak selesa itu. Alhamdulillah, ummi masa pregnant anak pertama dulu xder alahan pun. Alhamdulillah ..Tapi kat opis ada member yang alahan teruk..kesian asyik cuti sbb tak tahan dan tak larat nak kerja. Ada ibu yang  mengalami alahan teruk semasa mengandung. Ikut badan masing-masing, walau apa pun pengalaman kita, semua tu pasti adalah pengalaman yang sukar untuk dilupakan bukan?


morning sickess


Ok hari ni ummi nak kongsi tips untuk mengurangkan rasa mual dan muntah ni. Boleh cuba semoga serasi dengan badan anda ye.


Tips Kurangkan Mual dan Muntah

  • Bila muntah pada waktu pagi, makan makanan kering seperti sereal, roti atau biskut sebelum bangun dari tidur, atau cuba makan makanan ringan tinggi protein seperti keju sebelum masuk tidur (protein perlu masa lama untuk dicerna).

makanan sewaktu hamil


 
  • Makan makanan ringan setiap 2-3 jam lebih baik dari tiga kali makan utama. Makan secara perlahan dan kunyah makanan.
  • Sentiasa duduk tegak selama 10-12 minit selepas makan untuk mengelakkan dari pedih ulu hati (heartburn).
  • Makan makanan mengandungi cairan. Elakkan mengambil cairan dalam jumlah yang banyak pada satu-satu masa. Amalkan minuman seperti jus epal atau anggur.
  • Elakkan makanan pedas, bergoreng atau berminyak. Juga kopi kerana ia boleh merangsang asid dalam perut.

tips elak muntah semasa hamil

 
  • Elakkan bau yang menyengat dan menimbulkan rasa mual.
  • Halia berkesan mengurangkan rasa mual. Ambil jus campur halia atau kapsul halia.

tips elak loya atau muntah



  • Bertanya pada doktor untuk mengambil vitamin B6 atau mengambil ubat yang lain.
  • Segera berjumpa doktor bila mengalami muntah terus menerus. Ia boleh menyebabkan dehidrasi (kurang cairan dalam badan) dan perlu mendapat bantuan segera.



jangan risau, perasaan muntah ini hanyalah sementara, bersabar dan sedia menunggu pengalaman manis seterusnya. Tidak lupa untuk ucapkan tahniah pada ibu-ibu yang hamil:)
Semoga sentiasa dalam keadaan yang sihat...Jangan anggap apa yg kita alami adalah bebanan tapi anggaplah ia sebagai kenangan manis yg hanya dikurniakan kpd mommy2 yang tabah:-)



Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Baby- Mommy HOME
 @ https://www.facebook.com/wafiqummistar?ref=hl
✐ Blog: http://ummistar.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Cheras, Rawang

Sharing & Caring bersama Baby- Mommy HOME... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

No comments:

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...