Kita mendapat vitamin secara semulajadi melalui makanan
kita. Secara amnya, keperluan vitamin kita berbeza setiap orang. Keperluan ini
juga agak generik untuk setiap bangsa berdasarkan aktiviti, iklim, cuaca dan
sebagainya.
Misalnya orang-orang di tempat sejuk makan banyak makanan
berlemak, selain dari memberi perlindungan semulajadi kepada tubuh mereka dari
kesejukan, kebanyakan tempat sejuk adalah bergunung-ganang. Kegiatan harian
memerlukan lebih tenaga dengan aktiviti melawan graviti. Oleh itu walaupun
penduduk Switzerland banyak makan keju dan makanan berasaskan tenusu namun
mereka tidak gemuk dan tidak terdedah kepada risiko sakit jantung.
Namun berbeza dengan kita hari ini, lebih banyak duduk dari
berjalan. Nak bersenam pun kena paksa, tapi masih mengamalkan cara makan yang
biasa.
Jadi untuk kesihatan optimum wajar untuk kita menukar menu
harian dan aktiviti harian kepada yang lebih sesuai dengan tubuh kita.
Namun di zaman moden ini, bukan itu saja yang harus kita
timbangkan. Perkembangan teknologi dan revolusi industri menjadikan kita
terdedah kepada pencemaran, radiasi dan sebagainya.
Vitamin BUKAN pengganti zat makanan. Untuk kesihatan yang
baik, menurut Dr Bruce Miller, kita perlukan – makanan seimbang, bersenam, dan
suplemen. Menurut Ibn Qayyim, satu lagi perkara adalah kesihatan jiwa.
Jadi 4
elemen ni penting untuk menjadi sihat – :
- Makanan
- Senaman
- Suplemen
- Amalan Kerohanian.
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Healthy Lifestyle @ https://www.facebook.com/familylifestylenow?ref=hl
✐ Blog: http://healthylifestyleshaklee.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Putrajaya, Cheras, Rawang (Weekend Only)
Sharing & Caring bersama HEALTHY LIFESTYLE... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama
No comments:
Post a Comment