Monday 17 February 2014

TIPS GAYA HIDUP

Apakah supplemen, vitamin dan garam galian?

Pil vitamin atau garam galian yang diambil sebagai tambahan kepada makanan.

Adakah supplemen vitamin dan garam galian diperlukan?
 

 

  1. Jika anda sihat dan makan makanan seimbang berpandukan kepada Piramid Makanan Malaysia, supplemen tidak diperlukan, (melainkan jika anda mengandung atau bila dinasihati oleh Doktor atau Pakar Pemakanan).
  2. Jika anda perlu mengambil supplemen, sila rujuk kepada Doktor atau Pakar Pemakanan anda.
  3. Dos supplemen yang berlebihan boleh memudaratkan. Sila ikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia 2005).
Apakah jenis supplemen vitamin dan garam galian yang biasa?
 
  1. Vitamin A
  2. Vitamin C
  3. Vitamin B12
  4. Zat besi
  5. Zink
  6. Kalsium
  7. Asid Folik
  8. Iodine
Vitamin A
 
Kepentingan
Ia juga dikenali sebagai Retinol. Ia penting untuk :
  1. Tumbesaran kanak-kanak yang sempurna,
  2. Penglihatan yang baik (mencegah dan kadang-kala memulihkan rabun malam) untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
  3. Kulit yang sihat
  4. Lapisan selaput mukosa didalam tubuh.
Kekurangan
Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan :
  1. Penurunan daya tahan kepada jangkitan;
  2. Kulit kasar, kering dan berjerawat;
  3. Masalah penghadaman;
  4. Batu karang (ginjal);
  5. Rabun malam
  6. Penyakit mata, termasuk xerophthalamia, dimana ia boleh menyebabkan buta.

Sumber
Sumber Vitamin A yang baik adalah :
  1. Hati, telur
  2. Marjerin
  3. Susu penuh krim dan susu rendah lemak
  4. Beta Carotene dari makanan (terdapat dengan banyaknya di dalam labu, lobak, aprikot, mangga, betik dan buah dan sayur yang berwarna kuning/oren dan merah serta dalam sayuran daun hijau seperti bayam, sawi, lobak putih dan ubi bit) yang akan ditukar kepada Vitamin A oleh tubuh kita.
Keracunan
  1. Vitamin A larut lemak, dan ianya disimpan dalam badan sekiranya supplemen berlebihan diambil secara berlebihan
  2. Dalam kes yang teruk, kemungkinan berlaku rabun penglihatan, tekanan tinggi dalam otak, dan keguguran rambut.


Berminat??? Hubungi:
✍ PM: https://www.facebook.com/romantiqa.salju
@ Page FB: Healthy Lifestyle
 @ https://www.facebook.com/familylifestylenow?ref=hl
✐ Blog: http://healthylifestyleshaklee.blogspot.com/
✉ Email: farisha.fe@gmail.com
** ID: 1067039
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-2690964
➲ COD Area: Sg. Besi, KL, Bangsar, Putrajaya, Cheras, Rawang (Weekend Only)

Sharing & Caring bersama HEALTHY LIFESTYLE... Sentiasa sihat dan bertenaga dgn SHAKLEE.. Kongsi sihat serta income bersama- sama

No comments:

~ãlhamdulillah~

~ãlhamdulillah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...